Kami ibarat berada di lembah maut – Penyelamat - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kami ibarat berada di lembah maut – Penyelamat

DHAKA 19 Nov. – Empat hari selepas bencana Taufan Sidr secara rasmi meragut lebih 3,100 nyawa di Bangladesh, pasukan penyelamat masih lagi berusaha memasuki kawasan pedalaman di sepanjang kawasan pesisir pantai untuk menghulurkan bantuan kepada jutaan mangsa yang terselamat.

“Tragedi dapat dilihat lebih jelas setelah memasuki perkampungan demi perkampungan yang terjejas akibat Sidr.

“Kerap kali kami merasakan seperti berada dalam lembah maut,” kata seorang petugas bantuan, Mohammad Selim ketika melalui kawasan paling teruk dilanda taufan besar itu, Bagerhat.

Laporan media dan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Bangladesh, Mohammad Abdur Rob menyatakan jumlah korban telahpun melebihi 3,000 dan dijangka terus meningkat.

“Kami akan berusaha untuk memasuki semua kawasan yang terjejas di sepanjang pesisiran ini secepat mungkin untuk mengetahui angka sebenar yang terkorban akibat bencana alam ini,” kata salah seorang pegawai kerajaan.

Usaha mengenal pasti berapa ramai yang maut dan hilang mungkin memakan masa beberapa hari, bantuan perlu dihulurkan kepada lebih kurang tiga juta penduduk yang terjejas akibat Sidr.

Petugas bantuan khuatir bekalan makanan, minuman dan perubatan yang tidak mencukupi mungkin membawa kepada penularan penyakit.

Sementara itu, pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah hari ini menyumbang AS$100 juta (RM337 juta) selain bantuan seperti makanan dan perubatan bagi membantu mangsa taufan kedua terbesar dalam sejarah dunia itu.

– Agensi

0 Komentar untuk "Kami ibarat berada di lembah maut – Penyelamat"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI