Bersama Noraini Ahmad
norainiputeri@yahoo.com
CUTI panjang persekolahan baru bermula. Kecuali pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), yang lain sudah mula bercuti.
Musim cuti sekolah pada hujung tahun sekarang adalah masa paling disukai kanak-kanak. Cuti panjang bagaikan membebaskan mereka daripada beban mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja rumah yang diberikan guru.
Ramai mengambil kesempatan daripada cuti kali ini untuk membuat pelbagai perancangan. Sesetengah mereka yang tinggal di bandar besar memilih untuk balik kampung ke rumah datuk atau nenek. Bagi yang berkemampuan ada yang melancong ke luar negara. Tapi rasanya lebih ramai memilih duduk rumah dan sesekali berkelah di hujung minggu atau melawat destinasi tarikan dalam negara.
Ada juga yang memilih mencari kerja sambilan seperti bekerja di kilang, menjadi jurujual di pusat beli-belah dan di restoran makanan segera, bekerja di stesen minyak dan pelbagai lagi. Bagi yang hidup susah di kampung, ramai yang memilih untuk membantu ibu bapa di kebun, ada yang menoreh getah dan membantu orang tua berniaga sempena cuti sekolah, demi meringankan bebanan kedua-dua orang tua.
Biar apapun cara kita memanfaatkan musim cuti sekolah yang panjang ini, yang penting kita harus sentiasa bersyukur kerana negara aman, makmur dan harmoni, selain kerajaan yang stabil, kita tanpa mengira kaum dan agama, dapat melakukan apa saja untuk mencari rezeki halal tanpa sebarang halangan dan kekangan.
Pada masa sama, sewajarnya juga adik-adik memilih aktiviti yang membawa faedah seperti mengikuti kursus motivasi dan latihan kemahiran misalnya kursus teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), masuk kelas komputer, kelas menjahit dan sebagainya ketika cuti panjang persekolahan seperti sekarang.
Amat rugi kalau kita mensia-siakan cuti panjang persekolahan ini sekadar untuk lepak memanjang, menghabiskan masa menonton televisyen di rumah atau menonton wayang di pawagam, tanpa membabitkan diri dalam aktiviti berfaedah. Kita harus ingat masa itu emas dan setiap minit yang berlalu amat berharga.
Apa yang menyedihkan kita ialah sikap sesetengah pelajar yang memilih cuti sekolah sebagai masa untuk lepak di pusat beli-belah, menyertai kegiatan mat rempit dan minah rempit, selain menghabiskan masa dengan keluar masuk kafe siber. Lihat saja di kebanyakan kafe siber terutama di kawasan bandar ketika ini, pasti ramai pelajar, budak bawah umur yang keluar masuk. Sama juga dengan pusat beli-belah, ramai yang sekadar berlegar di sini-sana, tanpa arah dan tujuan.
Dalam hal ini,ibu bapa perlu memainkan peranan dengan sentiasa mengambil tahu dan memantau pergerakan anak-anak, mengambil tahu dengan siapa mereka bergaul, biar sesibuk mana sekalipun ibu bapa bekerja. 'Malang tidak berbau' dan pengaruh persekitaran serta rakan sebaya mungkin menyebabkan anak-anak kita terjebak dengan unsur tidak diingini. Ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak mereka menghabiskan cuti hanya dengan bermain dan bersantai tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah.
Pada masa sama, buku sekolah tidak harus diketepikan terus. Mengulangkaji pelajaran tetap perlu supaya adik-adik tidak berasa sukar menerima pelajaran apabila sekolah dibuka semula. Melalui cara ini, tabiat belajar tidak akan terputus ketika bercuti.
Sewajarnya pelajar tidak dibiar melupakan terus pelajaran sekolah semata-mata kerana cuti panjang. Budaya mengejar ilmu sepanjang masa seharusnya ditanam sewaktu persekolahan. Anak yang masih bersekolah perlu diberi kefahaman bahawa belajar tidak tertakluk kepada penggal persekolahan saja.
Bagi adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan STPM pula, tenangkan fikiran ketika menjawab soalan, jangan panik, semak betul-betul soalan yang diberikan sebelum menjawab dan jangan cepat gelabah. Pastikan juga adik-adik mendapat tidur dan rehat secukupnya supaya dapat menjawab soalan dengan tenang serta jangan lupa berdoa semoga dipermudahkan dalam menjawab setiap kertas soalan.
Tahniah juga kepada 48,400 adik-adik kita yang mencatat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang keputusannya baru saja diumumkan.
Semoga kejayaan itu memberi semangat mereka meningkatkan lagi pencapaian apabila melangkah ke sekolah menengah. Kepada yang kurang berjaya jangan cepat berputus asa, tingkatkan usaha dan perbaiki setiap kelemahan yang ada, insya-Allah, usaha itu tangga kejayaan.
Datuk Noraini Ahmad ialah Ketua Puteri Umno
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
KUALA LUMPUR: Festival fans can finally breathe easy as Livescape Asia today announced the full line-up of acts wired to take ove...
-
Zarina sudah berpunya Ketika mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Selasa lalu,Zarina, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa KUALALUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puasha...
-
SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
-
SUBANG JAYA: Walaupun PAS memutuskan untuk tidak menyertai sidang meja bulat bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen P...
-
Oleh Rosli Safar (Yang mengikuti lawatan ke Tokyo Motor Show 2007, di Tokyo baru-baru ini) KOMITMEN kebanyakan syarikat pengeluar kereta unt...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Suara Orang Muda: Cuti sekolah bukan masa untuk melepak"