JAKARTA: Pendakwa raya Indonesia semalam menggesa mahkamah merampas wang yang disimpan di luar negara oleh anak bongsu bekas Presiden Suharto berhubung saman sivil berkaitan perjanjian pertukaran tanah 12 tahun lalu.
Pendakwa mahu mendapatkan semula 550 bilion rupiah (RM200 juta) dari Hutomo 'Tommy' Mandala Putra Suharto dan dua lagi defendan untuk membayar pampasan bagi kerugian kepada negara disebabkan perjanjian itu yang berlaku pada 1995.
Mereka mendakwa perjanjian antara pasar raya - kini tidak wujud lagi yang dikuasai Tommy dan agensi logistik negara, Bulog, sebagai penipuan. Kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian luar mahkamah dalam rundingan yang dianjurkan Mahkamah Daerah Jakarta Selatan.
Pendakwa, yang mewakili Bulog, menggesa mahkamah mengeluarkan surat kuasa merampas berjuta-juta dolar yang disimpan oleh sebuah syarikat Tommy di Guernsey, sebagai jaminan.
"Plaintif meminta aset defendan dirampas supaya ia tidak bertukar tangan," kata pendakwa kepada sesi keterangan. Sesi itu ditangguhkan Isnin depan.
Awal tahun ini, syarikat Tommy, Garnet Investment, menyaman cawangan bank Perancis, BNP Paribas di Guernsey kerana enggan melepaskan sekurang-kurangnya 36 juta euro (RM180 juta) yang disimpannya.
Jakarta masuk campur dan meminta mahkamah Guersney membekukan aset, dan berkata ia mengesyaki wang itu diperoleh secara tidak sah.
Tommy, 44, dibebaskan dengan syarat dari penjara Oktober lalu, selepas menjalani satu pertiga daripada hukuman asalnya kerana rancangan membunuh hakim Mahkamah Agung yang mensabitkan dia bersalah dalam satu kes rasuah.
Pembebasan awalnya mengundang kecaman pengkritik yang berkata ia menunjukkan hukuman ringan kepada golongan berpengaruh.
Tommy, seperti juga anak Suharto yang lain, menjadi seorang ahli perniagaan paling kaya di negara itu, ketika pemerintahan bapanya. Sebahagian perniagaannya dikaitkan dengan pengaruh politik, seperti monopoli pengagihan keuntungan dalam perusahaan cengkih dan projek kereta kebangsaan.
Suharto, yang meletak jawatan berikutan desakan rakyat selepas lebih 30 tahun memerintah, didakwa dengan rasuah tetapi berjaya mengelakkan hukuman kerana mahkamah menerima laporan perubatan dia terlalu sakit untuk menghadiri perbicaraan.
Bekas presiden itu dan keluarganya menafikan sebarang salah laku. - Reuters
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin

0 Komentar untuk "Pendakwa desak rampas wang anak Suharto"