WASHINGTON: Komander tentera Amerika Syarikat di Iraq menggesa Pentagon meluluskan penggunaan senjata gelombang panas yang baru dicipta untuk menyuraikan orang ramai atau perusuh ganas, lapor Akhbar The Telegraph.
Bagaimanapun, rayuan terhadap apa yang pegawai kanan tentera percaya terbukti alternatif bernilai kepada kuasa tembakan tradisional di kawasan bermasalah yang bahaya masih belum menerima jawapan setakat ini.
Washington bimbang dengan lontaran bertalu-talu pandangan negatif di negara Islam yang curiga serta risau dengan kritikan yang mendakwa senjata baru berkenaan akan digunakan untuk tujuan penderaan.
Kini, direktorat tentera Amerika yang bertanggungjawab dengan pembinaan senjata tidak membawa maut, yang melabur lebih sedekad lalu membina Sistem Penafian Aktif (ADS), melancarkan usaha bersama untuk meyakinkan penduduk awam dan ketua mereka di Pentagon mengenai kebaikan senjata berkenaan.
"Dengan teknologi jenama baru seperti ini, tanggapan adalah segala-galanya," kata Kolonel Kirk Hymes, bekas pegawai artileri Marin yang mengetuai direktorat itu.
Kirk berkata, ujian hampir selesai dan ADS pertama, juga dikenali sebagai Petunjuk Senyap, dapat digunakan awal tahun depan jika Pentagon meluluskan penggunaannya. Keputusan itu amat sensitif dan dijangka dibuat secara peribadi oleh Setiausaha Pertahanan, Robert Gates, yang menghantar wakil kanan untuk menghadiri demonstrasi cara menggunakannya.
Raytheon, syarikat yang diberi kontrak untuk menghasilkan prototaip itu, juga menerima bantuan dari beberapa negara Eropah yang tidak didedahkan.
Mesin yang dipamerkan minggu lalu itu menelan belanja kira-kira AS$10 juta (RM34 juta) untuk dibina tetapi direktorat percaya ADS boleh dikeluarkan pada harga AS$2 juta (RM6.8 juta) hingga AS$5 juta (RM17 juta) setiap satu.
Kolonel Hymes memberitahu penonton di demonstrasi itu bahawa sistem berkenaan selamat dan alternatif berkesan berbanding peluru plastik, yang boleh menyebabkan kecederaan dan kadang-kadang kematian serta cuma berkesan pada jarak sehingga 75 meter.
Senjata gelombang panas itu, secara perbandingan, mensasarkan pencetus masalah dari jarak mencecah 750 meter. Ia berfungsi dengan menghantar gelombang radio berkuasa tinggi dari antena kenderaan, serupa dengan parabola televisyen satelit, menyebabkan molekul dalam kulit sasaran bergetar kencang.
"Kita memang bagus dalam menjerit dan mengugut penduduk tetapi di negara seperti Iraq, kita belajar semula bahawa kita perlu bertindak balas dalam spektrum antara menjerit dan menembak. ADS menawarkan pilihan itu," kata Hymes.
Hymes bagaimanapun menambah: "Ini bukan sesuatu kita mahu hebahkan dan mengejutkan orang ramai. Kita tahu kita perlu mendidik mereka."
Malah projek pembangunan senjata itu cuma diketahui selepas Projek Sunshine � kumpulan beribu pejabat di Texas yang berkempen menentang senjata biologi dan kimia - menggesa pendedahan dibuat menurut Akta Kebebasan Maklumat.
Pengarah kumpulan itu, Edward Hammond, berkata: "Jika kita tidak bersedia menggunakannya sebagai teknik mengawal perhimpunan rakyat sendiri, ia juga tidak sepatutnya digunakan di Iraq." - Agensi
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini menerima cadangan PKR untuk menggantikan Menteri Besar Selangor ...
-
PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dijangka memaklumkan kaedah menangani isu golongan gelandangan dan p...
-
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur dengan keputusan PKR yang menamakan Presidennya sebagai calon ment...
-
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/norway-puji-fokus-strategik-negara-1.183000 PROGRAM Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Trans...
-
TELUK INTAN - DAP hari ini mengumumkan Setiausaha Politik kepada anggota Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, sebagai calon...
-
Pelajar berusaha keras untuk berjaya Popularitinya mengalahkan jenama besar Finalis Akademi Fantasia 2014, Dari kiri, Adel, Nuha, E...
-
KUALA KRAI: Gerakan Harapan Baharu (GHB) bukanlah sebuah perjuangan yang diwarisi daripada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, k...
-
SEJAK akhir-akhir ini drama Melayu adaptasi dari novel semakin banyak ditayangkan di kaca televisyen. Namun, pada pendapat saya semuanya ‘...
-
Pendakwa raya mohon tangguh bekalkan dokumen KUALA LUMPUR 20 Julai - Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untukmemperoleh sebahagian besar dokume...
-
Oleh Roslan SMS Isu dakwaan The Wall Street Journal bahawa PM Najib Tun Razak telah mengambil dana kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion)...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin

0 Komentar untuk "AS guna senjata gelombang panas"