Khieu Samphan dihadap ke tribunal jenayah perang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Khieu Samphan dihadap ke tribunal jenayah perang

PHNOM PENH 19 Nov. – Pihak polis Kemboja yang lengkap bersenjata hari ini menahan bekas Presiden Khmer Rouge, Khieu Samphan, antara orang kepercayaan Pol Pot yang terbaru bakal dihadapkan di tribunal jenayah perang.

Pemimpin gerila berpendidikan Perancis itu dibawa dari sebuah hospital di Phnom Penh di mana beliau dirawat selepas terjatuh di kediamannya di bekas kubu kuat rejim Khmer Rouge, Pailin yang bersempadan dengan Thailand pada minggu lalu.

“Klien saya akan dihadapkan di depan barisan panel hakim tribunal hari ini,” kata peguamnya, Say Bory.

Jurucakap mahkamah enggan mengulas mengenai penahanan itu tetapi seorang hakim tempatan mengesahkan pemindahan tersebut.

Samphan, 78, yang merupakan orang kepercayaan Pol Pot, menafikan kekejaman yang dilakukan oleh Khmer Rouge semasa pemerintahan empat tahun rejim itu dari 1975 hingga 1979.

Anggaran 1.7 juta orang terkorban akibat dihukum bunuh atau mati diseksa dan kebuluran.

Samphan merupakan individu kelima dihadapkan di depan tribunal yang dimulakan beberapa bulan lalu selepas penangguhan selama bertahun-tahun.

Minggu lalu, pasangan suami isteri Ieng Sary dan Ieng Thirith yang mana masing-masing merupakan Menteri Luar dan Menteri Perhubungan Sosial pada pemerintahan empat tahun rejim itu ditahan dan didakwa atas kesalahan jenayah kemanusiaan.

Pemimpin kedua Khmer Rouge, Nuon Chea yang juga menetap di Pailin, sedang ditahan atas dakwaan yang sama.

– Reuters

0 Komentar untuk "Khieu Samphan dihadap ke tribunal jenayah perang"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI