Polis dakwa tiga pengebom - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Polis dakwa tiga pengebom

MANILA: Polis memfailkan aduan bunuh semalam terhadap tiga lelaki yang ditahan dalam kejadian pengeboman di luar Kongres negara itu minggu lalu yang membunuh seorang ahli parlimen dan tiga yang lain.

Seorang suspek dikenali sebagai bekas pemandu pesaing politik Wahab Akhbar dari wilayah selatan Basilan yang terbunuh bersama tiga kakitangan kongres dalam kejadian letupan 13 November lalu di luar Dewan Perwakilan. Seramai 12 lain cedera dalam kejadian itu.

Pendakwa Peter Ong, berkata polis memfailkan satu aduan terhadap empat dakwaan membunuh dan 12 dakwaan pembunuhan terancang di Jabatan Kehakiman. Pendakwa menetapkan 29 November sebagai tarikh perbicaraan untuk menentukan sama ada mereka mempunyai bukti mencukupi untuk mendakwa suspek, kata Ong.

Ketua polis kebangsaan, Avelino Razon berkata siasatan akan diteruskan sehingga dalang pengeboman itu dikenal pasti.

Pesaing Wahab, bekas wakil rakyat Gerry Salapuddin membuat kenyataan rasmi kepada penyiasat hujung minggu lalu untuk menafikan spekulasi pembabitan beliau kerana seorang daripada suspek adalah bekas pemandunya, Ikram Indama.

Razon berkata Salapuddin bukan seorang daripada suspek.

Indama dan dua yang lain ditahan Khamis lalu selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah tidak jauh dari Kongres dan mengeluarkan waran tangkap kerana penculikan Pakir Said, seorang yang disyaki ahli Abu Sayyaf.

Said dan dua yang lain terbunuh dalam satu tembakan manakala tiga yang lain menyerah diri.

Pegawai menemui satu resit jualan motosikal yang didakwa digunakan dalam pengeboman terbabit dan bukti lain tetapi tidak diketahui sama ada lelaki berkenaan bertindak sendirian. - AP
0 Komentar untuk "Polis dakwa tiga pengebom"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI