http://www.kedahlanie.info/2013/06/agus-tindakan-boikot-atucara-parlimen.html
Oleh Mohammad Agus Yusoff
Saya memerhati dengan penuh minat laporan media tentang tindakan PR yang memulau majlis taklimat parlimen pada 11 Jun dan cadangan untuk memulau majlis angkat sumpah ahli parlimen baru pada 24 Jun ini.
Laporan yang menarik minat saya ialah pandangan bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menyatakan ahli dewan yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas hari pertama persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan akan gugur kelayakan sebagai ahli parlimen. Beliau memetik peruntukan Perkara 59 (1) Perlembagaan untuk mengukuhkan kenyataannya. Petikan kepada Perkara 59(1) adalah tidak tepat kerana yang tepat dengan kenyataan beliau tersebut adalah Perkara 59(2).
Mengulas lanjut, Pandikar berkata anggota Dewan masih boleh mengangkat sumpah pada hari lain selepas majlis berkenaan, dengan alasan tertentu. Tetapi "kalau sengaja dengan alasan memboikot tidak mahu mengangkat sumpah dalam temph enam bulan, maka gugur kelayakan, menurut perlembagaan. Itu tafsiran saya," katanya.
Media kemudiannya melaporkan sekiranya ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak mengangkat sumpah, ia juga disifatkan sebagai "penghinaan" terhadap sistem di negara ini, sebagai satu penghinaan terhadap parlimen dan Yang di-Pertuan Agong.
Peruntukan Perkara 59(2) di atas adalah tidak lengkap untuk menggambarkan tindakan yang boleh dikenakan ke atas ahli parlimen baru yang tidak mengangkat sumpah pada 24 Jun ini. Saya kecewa dengan laporan yang tidak lengkap seperti itu kerana ia menyembunyikan satu lagi peruntukan yang juga perlu diketahui rakyat.
Yang tidak lengkapnya ialah media tidak melaporkan Perintah Tetap 5(2) Peraturan-Peraturan Mesyuarat yang menyatakan bahawa ahli yang belum mengangkat sumpah boleh menghadirkan diri dalam sidang Dewan dan boleh mengangkat sumpah di bawah Peraturan ini. Setiausaha Dewan Rakyat terikat untuk mengendalikan sumpah kepada mana-mana Ahli Parlimen yang belum lagi mengangkat sumpah.
Tidak ada peruntukan yang menyatakan Setiausaha Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk menolak angkat sumpah daripada Ahli Parlimen kerana ahli parlimen tersebut ialah mereka yang telah dipilih oleh rakyat. Sebab itu saya tidak bersetuju dengan cara menggertak ahli parlimen dengan menggunakan kuasa untuk menakutkan ahli parlimen. Tidak perlu gertak kerana kita hidup di bawah undang-undang dan perlembagaan negara.
Lalu, saya tidak nampak di mana relevannya laporan media yang menyatakan memboikot aturcara parlimen sebagai menghina demokrasi, menghina institusi parlimen dan Agong. Ini kerana apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen PR adalah masih dalam skop yang dibenarkan oleh undang-undang. Jika kita mahu menyatakan mereka menghina kesemua di atas, maka pindalah perlembagaan dan peraturan yang ada. Begitulah sepatutnya cara berpolitik.
Saya faham tujuan PR boikot majlis taklimat dan cadangan untuk memboikot majlis angkat sumpah adalah sebagai bantahan kepada keputusan pilihan raya ke-13 yang PR anggap tidak adil, berat sebelah, tidak berpuas hati dengan SPR dan lainnya.
Namun, saya ingin tegaskan saya tidak bersetuju dengan cara PR memulau majlis taklimat dan juga majlis angkat sumpah. Kenapa?
i. Masih ada remedi lain yang boleh diambil oleh PR. Masih ada mahkamah untuk merayu dan menyemak penyelewengan jika ada. Tapi apabila PR membuat petisyen pilihan raya, saya lihat tidak banyak pun, hanya 25 untuk kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN sahaja, iaitu jumlah yang hampir sama dengan petisyen yang dibuat oleh BN sebanyak 21.
ii. Jika pulau majlis angkat sumpah pada 24 Jun nanti, maka ahli parlimen PR kehilangan peluang untuk memilih Speaker. Jika PR menyatakan, mereka tidak perlu hadir kerana memilih Speaker hanya memerlukan majoriti mudah, maka hujah seperti ini menunjukkan cara berpolitik PR yang tidak gentleman.
iii. Hujah PR mereka mendapat suara undi majoriti dengan 52% berbanding BN 47%, maka mereka layak membentuk kerajaan tidak masuk akal sama sekali kerana sistem pilihan raya kita menggunakan sistem majoriti mudah, bukannya sistem perwakilan bernisbah.
Saya fikir cukuplah PR berterusan mencetuskan penentangan. Saya fikir sampailah masanya BN mendengar keluhan dan bantahan yang dibuat oleh PR. Sudah sampai masanya kedua-dua pihak ini duduk semeja, berunding dalam beberapa perkara ‘fundamental yang boleh dipersetujui’ bagi membawa politik negara ke depan. Impian saya ialah rekonsiliasi!
Banyak yang ingin saya tulis tentang hal ini. Tak mengapalah! Esok 14 Jun jam 10 pagi, saya bertolak ke Westminster International University di Tashkent bagi mengongsi pandangan saya tentang ilmu politik di sana. Saya akan membentangkan tajuk mudah sahaja: Political power and democracy in Malaysia in the aftermath of the 13th general election: decline of democracy or change in democracy? Selepas itu, untuk seketika saya bercuti ke Bukhara dan Samarkand.
Sahabat, doakan yang terbaik untuk saya dan negara kita.

0 Komentar untuk "Agus Yusof - Tindakan boikot atucara parlimen oleh PR tak salah...!"