Senjata nuklear beralih tangan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Senjata nuklear beralih tangan

LONDON 17 Nov. – Presiden Pakistan, Jeneral Pervez Musharraf yang mempertahankan keputusan beliau terus mengisytiharkan darurat berkata, senjata nuklear negara itu boleh jatuh ke tangan pihak yang salah sekiranya pilihan raya yang dirancang menimbulkan kekacauan.

Ulasan itu dibuat oleh beliau dalam satu temu bual dengan BBC hari ini ketika Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Negroponte mendesak agar darurat ditarik balik, rundingan damai diadakan dengan bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto dan pilihan raya yang akan diadakan dibuat secara adil.

Pervez mengulangi pendirian bahawa perintah darurat itu akan hanya ditamatkan apabila keadaan keselamatan negara itu bertambah baik.

Beliau juga menjelaskan sekiranya pilihan raya dijalankan dalam “suasana kacau-bilau”, ia akan membawa masuk elemen bahaya yang seterusnya memberi risiko terhadap senjata nuklear Pakistan.

“Ia tidak akan jatuh ke tangan yang salah sekiranya kita berjaya menguruskan politik dengan baik. Pihak tentera sentiasa bersedia dan selagi itulah tiada apa akan berlaku pada aset strategik,” tegas Pervez lagi.

Sejak akhir-akhir ini, sokongan AS kelihatan lebih condong kepada Benazir dan Pervez dikenakan tekanan untuk mengembalikan Pakistan ke arah demokrasi.

Perkembangan itu terbaru ketara apabila hubungan Negroponte dengan Benazir diambil kira apabila bekas Perdana Menteri turut dirundingi tentang langkah-langkah menamatkan pemerintahan darurat di Pakistan.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihanraya Pakistan dijangka akan mengumumkan tarik h pilihan raya pada 21 November ini, demikian menurut peguam negara dan para pegawai.

Dalam perkembangan lain, Mahkamah Agung Pakistan akan meneruskan perbicaraan untuk menentukan kesahihan pelantikan semula Pervez mulai Isnin ini.

Pervez telah memenangi pemilihan pada 6 Oktober lalu yang membolehkannya berkuasa selama lima tahun lagi tetapi mahkamah tertinggi negara perlu mengesahkannya sekiranya terdapat cabaran perundangan terhadap beliau.

– Agensi

0 Komentar untuk "Senjata nuklear beralih tangan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI