BANGKOK, Nov. – Suruhanjaya Pilihanraya Thailand telah mengharamkan bekas anggota eksekutif parti politik bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra daripada berkempen bagi pilihan raya yang akan diadakan bulan depan, kata seorang pegawai hari ini.
Rakyat negara ini akan mengundi pada 23 Disember ini dalam pilihan raya yang pertama sejak junta tentera menggulingkan Thaksin dalam rampasan kuasa secara aman pada September 2006.
Dengan bermulanya kempen pilihan raya, Suruhanjaya berkenaan, pada hari Jumaat lalu, menetapkan 111 anggota eksekutif Parti Thai Rak Thai (TRT) yang diterajui Thaksin, diharamkan daripada terlibat sama dalam kempen pilihan raya.
“Kesemua bekas anggota eksekutif Thai Rak Thai tidak boleh muncul bersama-sama dengan calon atau bertindak sebagai penasihat politik,’’ Pengerusi Suruhanjaya itu, Apichart Sukhagganond memberitahu para pemberita.
– AFP
0 Komentar untuk "Bekas eksekutif parti Thaksin diharam berkempen"