Oleh Shamsiah Sanin (Yang melawat Iran, baru-baru ini)
TEHERAN, 8.30 pagi, bunyi bising kenderaan di atas jalan raya, menandakan penduduk ibu negara Iran itu mula bergegas ke tempat kerja dan menjalankan kegiatan harian masing-masing.
Suhu kira-kira 15 darjah Celsius pagi itu diikuti tiupan angin dingin sekali sekala, bagaikan cuba menentang sinaran matahari terik memancar di pinggir langit biru tanpa awan, manakala barisan pohon maple yang ditanam di dalam parit di sepanjang pinggir jalan mula menggugurkan daun kekuningan, seiring musim luruh di negara itu.
Di satu sudut Hotel Laleh International, antara hotel bertaraf lima bintang di Teheran, sekumpulan pelancong Amerika kelihatan berbual-bual dengan seorang pekerja tempatan, sementara menunggu ketibaan bas yang akan membawa mereka ke destinasi dituju.
Sesekali kedengaran gelak ketawa apabila seorang daripada mereka berjenaka. Tiada riak curiga di wajah warga kota Teheran ketika melihat orang asing berada di negara mereka. Penduduk Iran rata-rata mempunyai sifat ramah dan mudah didekati, jika bukan kerana halangan bahasa.
Azadi Street, antara jalan raya terkenal di Teheran, juga tetap sibuk seperti biasa. Di atas jalan raya ini jugalah pada 1979, berpuluh-puluh ribu rakyat dan pelajar mengadakan tunjuk perasaan menentang pemerintahan raja mereka, Shah Iran yang akhirnya mencetuskan revolusi di negara itu.
Selepas hampir 30 tahun berlalu, kini rakyat Iran sekali lagi berdepan cabaran baru, sekatan dan pemencilan Barat berikutan program pengkayaan uraniumnya yang didakwa Amerika bertujuan membina senjata nuklear, walaupun dinafikan negara itu.
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dalam pelbagai kenyataan yang disiarkan media antarabangsa sering bertegas, program pengkayaan uranium yang dilakukan Iran untuk tujuan keamanan dan mendapatkan sumber tenaga.
Tidak dapat dinafikan, sekatan yang dikenakan Barat terhadap Iran menjejaskan kehidupan rakyat negara itu. Kadar inflasi semakin meningkat, manakala harga barang keperluan harian terus melambung.
Sektor perniagaan terutama membabitkan produk tempatan turut menerima tempias apabila sukar dipasarkan dan perniagaan merosot berikutan masalah aliran tunai.
Bagaimanapun, rakyat Iran bukanlah golongan yang mudah berputus asa. Sekatan yang dikenakan mendorong mereka bekerja lebih gigih dan kehidupan mereka masih berjalan seperti biasa. Setiap orang berusaha mencari rezeki sedaya upaya untuk menampung hidup.
Bandar raya itu juga kelihatan bersih, manakala kemudahan awam dijaga dengan baik. Tiada pengemis, penagih dadah atau mat rempit, jauh sekali orang mabuk tergolek, kerana arak dilarang keras di Iran.
Restoran di Teheran termasuk yang eksklusif dan termahal, tetap didatangi pengunjung setiap kali waktu makan, manakala pelancong terutama dari Eropah dan Jepun juga dapat dilihat di hotel dan rumah penginapan. Bagaimanapun kebanyakan hotel, institusi perniagaan dan kedai di negara itu tidak menerima kad kredit berikutan masalah transaksi akibat sekatan Barat.
Di sebalik kebimbangan yang wujud, mereka yakin Amerika tidak akan menyerang negara itu berdasarkan beberapa faktor, termasuk keupayaan pertahanan dan persenjataan yang dimiliki Iran.
"Kami rakyat Iran adalah masyarakat yang cintakan keamanan dan anda akan mengakuinya dengan melihat keadaan di Teheran sendiri. Jangan mudah terpedaya dengan apa yang digembar-gemburkan media Barat mengenai kami," kata Koroosh Devani, 31, seorang pemandu pelancong.
Kenyataan Koroosh ada kebenarannya tidak ada tanda menunjukkan Teheran sebuah bandar raya yang dipenuhi pengganas atau kegiatan keganasan.
Jika ada pun anggota keselamatan, mereka adalah polis yang mengawal lalu lintas atau penguat kuasa yang bertanggungjawab memastikan rakyat Iran sentiasa bersopan dan mematuhi tata susila sebagai umat Islam.
Beliau berkata, Iran juga mahu mewujudkan dunia yang aman dan setakat ini ia belum pernah menyerang negara lain, tetapi akan mempertahankan diri apabila negara lain menyerangnya.
"Jika Iran diserang kami akan mempertahankannya sehingga titisan darah terakhir," katanya.
Maryam Sadeghi, 36, seorang suri rumah, terpaksa berpuas hati dengan wang persaraan yang diperoleh selepas suaminya anggota tentera, terbunuh dalam Perang Iran-Iraq.
“Memang sulit membesarkan tiga orang anak bersendirian, tetapi saya bersyukur kerana tinggal di dalam lingkungan keluarga. Mereka banyak membantu saya menghadapi masa yang sukar dan mencabar,” katanya ketika ditemui bersama anaknya di masjid.
Beliau bercita-cita memberikan pendidikan terbaik dunia dan akhirat kepada anaknya bagi membolehkan mereka memperoleh kehidupan lebih baik.
Reza Mirmohamadi, 40 seorang pegawai kanan di sebuah syarikat telekomunikasi di Iran dan isterinya Saloameh Abbasi, 35, seorang pensyarah dan sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah doktor falsafah, mengakui kehidupan mereka semakin sukar sejak kebelakangan ini berikutan perbelanjaan yang kian meningkat.
Dengan pendapatan bersama kira-kira RM3,800 sebulan, pasangan yang mempunyai seorang anak ini, terpaksa sentiasa berjimat. Mereka bagaimanapun bernasib baik tinggal di rumah sendiri.
Reza berkata, Iran wajar meneruskan program pengkayaan uraniumnya kerana ia perlu mencari sumber tenaga baru memandangkan sumber tenaga dunia yang ada sekarang mungkin habis pada suatu masa nanti.
"Apa yang dilakukan Iran sekarang juga patut dilakukan negara Islam lain. Negara Islam perlu bekerjasama untuk mencari sumber tenaga baru dan tidak bergantung kepada Barat," katanya.
Beliau juga mahu pemimpin Iran menunaikan janji membawa pemulihan ekonomi yang lebih baik di negara itu.
"Keadaan sekarang memang sukar dan saya berharap pemimpin negara ini akan melakukan sesuatu yang lebih berkesan untuk memulihkan segera ekonomi," katanya.
Mahasiswa ijazah doktor falsafah jurusan perakaunan di Universiti Tehran, Amin Nazemi, 27, juga yakin Amerika tidak menyerang Iran.
Beliau berkata program pengkayaan uranium Iran bertujuan keamanan dan perlu diteruskan demi kesejahteraan dan masa depan negara itu.
“Apa yang perlu dilakukan oleh pemimpin kami sekarang ialah terus berusaha meyakinkan masyarakat antarabangsa bahawa program pengkayaan uranium yang dilaksanakannya adalah untuk keamanan,” katanya.
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
Sidang Kemuncak Asean ke-13 kali ini, dilihat amat penting kerana ia diadakan sempena ulang tahun ke-40 penubuhan Asean. Apa harapan Malaysi...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/05/konsep-wasiat-wajibah-suatu-pengenalan.html http://blog.pintarpusaka.com/p/wasiat.html BA...
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
Nizar akan saman Sultan Perak - Saksi KUALA LUMPUR 20 Ogos - Seorang wartawan RTM memberitahu Mahkamah Tinggidi sini hari ini bahawa bekas M...
-
SWOT MATRIX KEKUATAN ( STRENGTH ) 1. Pengurusan dari pegawai perkhidmatan yang cekap dan ...
-
SHAH ALAM - Pas kini berada dalam kedudukan sangat penting untuk menentukan kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrah...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Rakyat Iran tabah hadapi sekatan Barat"