Bahaya perubahan iklim tidak jelas – AS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bahaya perubahan iklim tidak jelas – AS

WASHINGTON, 17 Nov - Amerika Syarikat (AS) tidak nampak sebarang definisi saintifik yang jelas tentang bahaya perubahan iklim meskipun ia mengiktiraf perlunya tindakan segera diambil, kata seorang delegasi persidangan dari AS.

“Definisi saintifik masih kurang dan kita kini bergerak berdasarkan satu persetujuan yang kuat di kalangan pemimpin dunia tentang perlunya tindakan segera,’’ kata Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekitar, Jim Connaughton.

Connaughton, penasihat alam sekitar kerajaan AS berkata demikian lewat semalam sempena satu mesyuarat Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) di Valencia, Sepanyol.

IPCC yang memenangi anugerah Nobel, akan mengeluarkan laporan penilaian keempat dan terakhir tentang perubahan cuaca esok, yang memberikan ringkasan tinjauan kesan gas rumah hijau sejak 2001.

Laporan IPCC disediakan untuk menjadi panduan kepada ahli politik yang berdepan dengan keputusan yang sukar untuk mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh bahan api fosil, beralih kepada bahan api lebih bersih, meningkatkan pertahanan terhadap cuaca yang buruk dan masalah lain yang menjadi-jadi akibat berlakunya perubahan cuaca.

Sementara itu, Ketua Setiausaha PBB, Ban Ki-moon memberi amaran dunia bahawa berada di tepi jurang malapetaka yang disebabkan oleh pemanasan cuaca sejagat.

– AFP

0 Komentar untuk "Bahaya perubahan iklim tidak jelas – AS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI