Filem dedah penderitaan di Iraq - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Filem dedah penderitaan di Iraq

Hollywood papar jenayah rogol beramai-ramai, pembunuhan budak perempuan

LONDON: Dua pengarah terkenal Hollywood yang menghasilkan siri filem mengenai perang di Iraq dan kesan serangan 11 September 2001 menegaskan mereka melakukan apa yang gagal ditonjolkan media � memberitahu perkara sebenar.

Filem Redacted arahan Brian De Palma yang disifatkan paparan paling mengejutkan mengenai perang Iraq, mula ditayangkan kelmarin, menggunakan gaya dokumentari untuk menceritakan kisah benar kejadian rogol beramai-ramai dan pembunuhan seorang budak perempuan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat pada 2006.

Paul Haggis juga menghasilkan filem In The Valley of Elah, yang sudah pun ditayangkan, berdasarkan perkara sebenar berkaitan perang, walaupun, tidak seperti pelakon tidak dikenali dalam filem De Palma, beliau mendapatkan khidmat pemenang Oscar seperti Tommy Lee Jones, Charlize Theron dan Susan Sarandon.

Kedua-dua pengarah menyelar media arus perdana kerana liputan mengenai perang Iraq dan perkara yang membawa kepadanya.

"Ada perbezaan amat besar antara perang Vietnam, kerana dapat melihat gambar, sedangkan perang di Iraq, kita tidak dapat melihat gambar. Saya amat marah kerana rasa ini adalah isu penting.

"Saya rasa media mengecewakan kami dengan teruk. Semua boleh didapati di internet, anda boleh jumpa jika mencari, tetapi bukan dalam media utama. Media kini benar-benar menjadi sebahagian sektor korporat," kata De Palma kepada Reuters pada Festival Filem Venice, yang menayangkan Redacted dan memberikan beliau anugerah Pengarah Terbaik.

Haggis, yang turut menayangkan filemnya di Venice, bersetuju dengan pandangan De Palma.

"Ketika Perang Vietnam, kita mempunyai wartawan hebat yang menjalankan tugas mereka, melaporkan apa yang kita tidak mahu dengar. Sekarang tidak begitu. Saya rasa apabila ia tidak terjadi, menjadi tanggungjawab artis untuk bertanyakan mereka soalan sukar itu," katanya. � Reuters
0 Komentar untuk "Filem dedah penderitaan di Iraq"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI