PENYAPU menjadi isu hangat apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memberi 'Anugerah Penyapu' kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Hulu Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) kerana gagal mencapai sasaran kutipan hasil cukai semasa dan tunggakan tahun lalu. Tindakan itu dikritik pelbagai pihak kerana disifatkan sebagai keterlaluan, tetapi ada juga pihak yang menyokong anugerah itu. Wartawan Berita Minggu, Wan Jailani Razak, mendapatkan pandangan Mohamad Khir sendiri mengenai anugerah itu. Pakar sosiobudaya Melayu yang juga Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Zainal Kling, pula memberitahu Ziauddin Sharuddin, dari sudut berbeza mengenai anugerah ini.
Bagaimana idea anugerah khas penyapu kepada PBT yang gagal mengutip cukai semasa dan tunggakan ini timbul.
Sebenarnya kami sudah bincangkan untuk mengadakan sistem ganjaran dan hukuman. Jadi, kami bincang panjang dengan Exco kerajaan negeri. Kami ingin memberi sesuatu yang boleh menyampaikan mesej dengan jelas kepada pegawai bahawa kita perlu berbuat sesuatu untuk memperbaiki keadaan dan prestasi jabatan dan pejabat masing-masing.
Jika jabatan dan pejabat itu mencapai tahap cemerlang, kami akan hantar mereka berkursus di luar negara untuk mendapatkan lebih banyak pendedahan dan pengetahuan bagi meningkatkan prestasi ke tahap lebih membanggakan.
Banyak cadangan diterima. Pada 2002, saya cadangkan supaya diberikan hadiah harapan PBT tetapi ia tidak membawa kesan yang diharapkan dan mesej nampak tidak jelas. Harapan itu seolah-olah satu kebaikan. Sebelum ini, kita memang ada sistem penarafan untuk PBT iaitu pertama, kedua dan ketiga tetapi tidak mendapat maklum balas baik.
Kemudian kami bercadang mengikut budaya syarikat korporat di Jepun. Kami berikan hadiah yang memberikan satu mesej yang jelas supaya mereka clean up the mess (pembersihan). Kami ingat penyapu adalah yang sesuai kerana kami tidak pernah memikirkan penyapu membawa sial. Saya tidak pernah melihat penyapu perkara yang hina kerana kalau kami anggap ia hina, kerja tukang sapu hinalah. Bagi saya, dalam Islam, kerja yang halal itu mulia tidak kira apa kerja itu. Jadi, kami tidak boleh pandang rendah kepada penyapu mahupun tukang sapu.

Saya masih ingat ketika bercakap mengenai perkara ini, ramai wartawan bertanya sama ada saya serius dan saya jawab, saya serius. Mereka yang tidak capai tahap minimum 60 peratus hasil cukai yang kita sasarkan akan diminta naik ke pentas untuk menerima hadiah istimewa.
Semua setuju dan kami laksanakan. Ternyata dua jabatan ini (Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor) mencapai tahap yang agak rendah, umpamanya cukai tunggakan hanya 23 peratus sedangkan jabatan lain mencecah 70 peratus.
Macam-macam alasan diberikan. Kerajaan negeri beritahu mereka kami akan terima apa jua cadangan sama ada dalam bentuk harga atau cukai dibayar secara ansuran. Kita setuju dan kita buat. Jadi, semua jabatan dan PBT mencapai tahap yang baik kecuali satu. Kalau saya tidak teruskan pemberian ini, bererti kami tidak serius, jabatan yang mencapai tahap yang baik pun akan bersikap sambil lewa seperti dulu.
Bagaimanapun, tahun depan tidak ada lagi hadiah penyapu sebaliknya pegawai dan kakitangan yang tidak perform akan diberi VSS (skim pemisahan sukarela) atau tinggalkan pejabat (leave the office).
Kenapa kadar kutipan cukai dijadikan indikator.
Apabila saya gunakan indikator lain, ia menjadi sangat subjektif dan orang ramai akan mula buat spekulasi. Tetapi kadar kutipan cukai bersifat objektif. Ia adalah indikator yang jelas untuk mengingatkan bahawa kita kena bekerja bersungguh-sungguh.
Saya harap mesej ini jelas. Saya pilih kutipan cukai kerana ia sangat objektif dan tidak boleh dijadikan spekulasi. Selalunya, kalau cukai tidak dipungut dengan baik, prestasi jabatan juga tidak baik. Kalau tidak ada duit macam mana nak memperbaiki perkhidmatan dan kemudahan. Orang ramai sedia membayar tetapi komitmen kakitangan kerajaan perlu ditingkatkan. Dia tidak mengeluarkan surat peringatan dan tidak menemui orang ramai.
Selepas kami buat (memperkenalkan hadiah penyapu), Alhamdulillah, prestasi dua jabatan ini semakin baik. Sehingga Oktober lalu, ia dah capai 89 peratus. Ternyata jika kami buat kerja dengan betul dan penuh komitmen, kami akan dapat capai sasaran.
Sebelum ini kerajaan negeri ada melancarkan sistem kad skor seimbang. Apa signifikan dengan usaha penambahbaikan mutu perkhidmatan kakitangan awam.
Kami baru melancarkan sistem ini untuk percubaan sehingga akhir tahun ini. Sehingga kini, ada beberapa jabatan berada dalam kategori merah dan mereka tahu itu. Penilaian kad skor ini merangkumi semuanya, antaranya perkhidmatan dan perolehan. Kami objektif sebab ada sistem yang fokus. Setiap pegawai perlu melakukan jumlah kerja tertentu untuk seminggu, sebulan dan setahun. Jadi, penilaian menjadi lebih praktikal dan adil kepada semua.
Kad skor sudah dilaksanakan banyak syarikat multinasional yang berjaya tetapi tidak pada pentadbiran kerajaan. Kami mengurus Selangor seperti sebuah syarikat yang besar. Jika syarikat melihat keuntungan adalah dari segi kewangan tetapi saya lihat keuntungan adalah kebajikan rakyat. Itu penting.
Di Selangor, saya akan bentangkan bajet seimbang tahun ini. Banyak mana kita dapat, banyak itu kita belanja. Tahun depan, saya akan lihat bagaimana pegawai kerajaan menguruskan kewangan. Kalau kewangan banyak disimpan di bank tetapi kemudahan tidak ditingkatkan, itu pun memberikan indikator negatif. Kami tidak mahu pegawai ingat duit banyak di bank, dia pegawai yang baik. Saya katakan bahawa kami menguruskan syarikat korporat yang besar di Selangor, keuntungan bukan duit, sebaliknya ia adalah kebajikan, kualiti hidup rakyat di Selangor.
Ada Datuk Seri menerima kritikan daripada mana-mana pihak selepas memperkenalkan hadiah penyapu ini.
Saya menyedari ada. Dengan adanya ini (hadiah penyapu), saya boleh mendidik rakyat. Saya nak betulkan apa yang dikatakan oleh Abdullah Munshi (Bapa Kesusasteraan Melayu Moden) yang orang Melayu suka dipuji, tidak suka ditegur dan tidak suka disindir. Saya nak betulkan orang Melayu yang mana lebih 98 peratus kakitangan kerajaan adalah orang Melayu yang suka ditegur, boleh disindir dan ingin melakukan perubahan.
Orang akan lihat teguran saya agak kasar tetapi saya nak mendidik rakyat bahawa tidak ada sial dalam hidup kita. Tidak ada sebab penyapu itu sial. Yang menyebabkan kita tidak berjaya ialah sikap, cara kerja dan cara pemikiran kita. Kalau masih ada orang menyatakan penyapu itu sial sedangkan Malaysia dah 50 tahun merdeka, dia perlu periksa diri sendiri.
Memanglah yang ditegur tidak akan suka. Bagi saya teguran yang baik ialah teguran yang berkesan kepada bukan seorang tetapi ramai orang.
Adakah tindakan menghadiahkan penyapu ini dilihat boleh menjatuhkan moral kakitangan kerajaan?
Kita bercakap mengenai perkara ini sejak tahun lalu. Perkara ini dah banyak dibuat. Umpamanya, kalau main golf, jika anda paling teruk main golf, anda akan minum air yang direndam dalam bola golf atau anda akan dapat cangkul dengan sarung tangan. Kadang-kadang anda disuap pisang sebagai tanda ia untuk motivasi. Ini berlaku di banyak syarikat yang berjaya. Saya tidak rasa ia menjatuhkan semangat. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dah buat macam-macam termasuk pemberian anugerah melintang dan menegak ketika Skim Saraan Baru (SSB) tetapi masih lagi kita tidak berubah dengan begitu memberangsangkan.
Khabarnya kerajaan negeri akan mengisytiharkan 2008 sebagai Tahun Produktiviti Selangor.
Ya, saya nak lancarkan Tahun Produktiviti Selangor tahun depan. Semua dah lengkap. Tahun depan saya yakin kita akan dapat tingkatkan produktiviti di Selangor. Tengok hari ini, kami terlalu bersikap ambil mudah. Apabila ada tunggakan kerja, kami ambil kakitangan baru. Apabila masuk kita buat pengubahsuaian pejabat. Tak cukup pejabat, kami bina bangunan baru. Dengan itu, kami tingkatkan kos pengurusan tetapi tidak produktiviti. Sepatutnya, fikirkan bagaimana tingkatkan produktiviti pegawai yang ada sama ada sudah maksimum atau ada masih pada tahap minimum.
Begitu juga dengan negara kita. Apabila ada masalah, kita ambil pekerja asing. Kita tidak pernah fikir bagaimana nak tingkatkan kualiti produktiviti rakyat. Apabila ambil pekerja asing, teknologi tak berubah. Kita bergantung kepada pekerja asing. Apabila terlalu ramai, ia akan jadi ancaman kepada keselamatan negara.
Kalau nak bersaing, kita mesti tingkatkan produktiviti negara. Kita tidak boleh lagi ambil jalan mudah. Tak cukup staf, tambah staf, tambah peruntukan. Bukan, cara ini tidak betul. Peratus produktiviti kita adalah antara terendah di Asia. Sebab itu, kita buat kajian produktiviti di Selangor, nak tingkatkan dua kali ganda tahun depan. Nak lakukan perkara baru seperti ini bukan mudah. Inilah kualiti yang perlu ada untuk bersaing dengan negara lain.
Kita mungkin akan kurangkan pengambilan pekerja, maksimumkan produktiviti. Kalau ambil pekerja, kena buat pejabat baru, ia membabitkan kos tinggi dan akhirnya tiada peruntukan untuk pembangunan.
Adakah Datuk Seri akan memberi penerangan mengenai hadiah penyapu ini berikutan kritikan banyak pihak ketika ini.
Tidak perlu beri penjelasan. Penduduk di negeri ini memahaminya. Saya yakin penduduk Selangor mengenali saya. Saya sudah mulakan dulu. Kita kena ikhlas dalam kerja kita. Sebenarnya hadiah penyapu ini bukan isu. Ada orang yang berfikiran negatif perlu berubah minda.
Saya cuba buat yang terbaik kerana saya cintakan negara ini. Saya mahu negara saya diiktiraf sebagai negara paling baik di dunia. Saya mahu kakitangan kerajaan saya terbaik di Malaysia.
Pilihan raya semakin hampir, adakah ini akan dijadikan isu oleh pembangkang.
Sudah tentulah. Pembangkang, kita buat apa pun dia akan bangkang, kita bagi epal pun dia kata tak betul. kita bagi lobak pun kata tak betul, tak bagi apa-apa pun kata tak betul. Sebab itu pembangkang tidak dapat sokongan daripada rakyat kerana mereka mewakili kumpulan kecil penduduk.
Kalau kita jadi pembangkang, kita kena tengok pembangkang yang positif kerana majoriti rakyat berfikiran positif tetapi pembangkang cuba membawa ke belakang dengan berfikiran negatif.
Nasihat ikhlas saya, jika sesuatu cadangan itu bagus, berikan sokongan dan berikan cadangan yang lebih baik untuk membuat perkara lebih baik.
Adakah isu penyapu ini akan digunakan musuh politik terhadap Datuk Seri sebab isu itu turut dibangkit di Parlimen.
Mereka yang berfikiran negatif akan mengambilnya negatif. Saya di sini sebab saya mahu menyampaikan perkhidmatan dan bukan sebab pembangkang. Saya di sini bekerja memastikan semua perkara berlaku dan siap.
Kita tidak boleh biar orang menegur semuanya. Bila buat teguran, kita buat teguran yang kita tahu. Macam penyapu, yang tak faham, mereka fikir secara emosi, bukan secara objektif. Ini masalah. Kita mudah marah bila orang tegur kita. Kita tak pernah fikir kenapa orang tegur kita. Mesti ada sebab.
Bukan penyapu tetapi yang penting mesej. Saya tak pernah anggap tukang sapu hina. Jangan anggap remeh tukang sapu. Mereka buat kerja dengan baik.
Selagi kita ada mentaliti hierarki dalam kerajaan, `saya bos lebih baik dari tukang sapu', bukan, kita tidak praktik begini. Apabila kita berikan hadiah, kita berikan dari tukang sapu hingga bos.
Selagi orang kata penyapu hina, jadi, pandangan orang itu tukang sapu lebih hina. Saya tidak beranggapan begitu. Tanpa tukang sapu, apa akan jadi kepada pejabat?
Saya tidak suka orang merendahkan tukang sapu, pekerja budak pejabat dimaki dan dihina. Mereka melakukan kerja yang baik jika mencapai tahap kerja ditetapkan.
0 Komentar untuk "Soal Jawab: 'Anugerah Penyapu' bertujuan tingkat produktiviti, kualiti"