Junta Myanmar ikrar teruskan ‘demokrasi’ - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Junta Myanmar ikrar teruskan ‘demokrasi’

YANGON 17 Nov. - Ketua junta Myanmar, Jeneral Kanan Than Shwe hari ini berikrar akan tetap meneruskan rancangan ke arah mencapai demokrasi melalui perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan, lapor akhbar negara ini hari ini.

Ikrar itu dibuat dalam ucapan umum pertama selepas regim itu menumpaskan bantahan berdarah antikerajaan.

Than Shwe juga berkata, junta tentera itu sentiasa melindungi kepentingan nasional daripada sebarang bahaya, kata akhbar rasmi negara ini New Light of Myanmar yang memetik beliau sebagai berkata semalam.

Ucapan umum itu merupakan yang pertama dibuat kepada kumpulan awam pro-junta sejak berlakunya bantahan berdarah di Yangon pada akhir bulan September lalu.

Tindakan kerajaan Myanmar menumpaskan bantahan antijunta yang menyebabkan berlaku kematian, telah menimbulkan kemarahan sejagat dan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah bertindak mengetatkan lagi sekatan ke atas rejim itu.

Di bawah pelan rancangan junta tentera itu, Myanmar akan menerima pakai sebuah perlembagaan yang secara teorinya akan membawa kepada pilihan raya bebas di negara yang diperintah tentera sejak tahun 1962.

– AFP

0 Komentar untuk "Junta Myanmar ikrar teruskan ‘demokrasi’"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI