'Saya pendukung demokrasi' - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

'Saya pendukung demokrasi'



TINDAKAN TEGAS: Polis menahan kakitangan stesen televisyen Geo yang berarak di Karachi membantah arahan penutupan siaran stesen itu, kelmarin.

Musharraf nafi diktator

WASHINGTON: Presiden Pervez Musharraf menolak dakwaan bahawa beliau seorang diktator, malah katanya beliau adalah pendukung kuat demokrasi.

"Jika saya seorang diktator, apakah yang menyebabkan saya diberi gelaran sedemikian?" soal beliau dalam satu wawancara dengan Washington Post yang disiarkan semalam.


"Saya membawa demokrasi ke Pakistan dan saya masih percaya kepadanya," kata beliau.

Apabila ditanya bila beliau akan menarik balik perintah darurat yang dikenakan sejak dua minggu lalu ke seluruh Pakistan, beliau berkata perkara itu sedang difikirkannya. "Saya tidak tahu bila."

Musharraf melantik Kabinet sementara Jumaat lalu yang dianggotai sekutu rapatnya bagi mengendalikan kerajaan ketika negara Asia Selatan itu mengadakan pilihan raya umum pada awal Januari depan.


Musharraf sudah menentukan tarikh pilihan raya pada 9 Januari tetapi masih tidak jelas sama ada ia akan diadakan ketika negara itu di bawah perintah darurat.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif yang hidup dalam buangan di Arab Saudi mengecam sokongan yang diberi Amerika Syarikat (AS) terhadap kerajaan the Musharraf dan menggesa Washington menyokong demokrasi di Pakistan.

Dalam rencana yang disiarkan akhbar sama, Nawaz berkata bekas Presiden Bill Clinton pernah enggan berjabat tangan atau bergambar dengan Musharraf ketika beliau melawat Pakistan pada 2000.

"Itulah dasar yang seharusnya diikuti Amerika. Amerika tidak harus mengenepikan 160 juta orang dan menyokong seorang diktator yang cenderung menggunakan raifal berbanding akal,"

Sementara itu di ISLAMABAD, Timbalan Setiausaha Negara AS, John Negroponte mengadakan pertemuan dengan Musharraf semalam dan menyampaikan 'mesej jelas' agar perintah darurat ditarik balik.

Negroponte tiba di Islamabad ketika Washington menunjukkan tanda ia sudah mula bimbang terhadap krisis politik di Pakistan. � AFP

0 Komentar untuk "'Saya pendukung demokrasi'"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI