Oleh Razali Ismail
MENDAPAT peluang menyertai perbahasan peringkat antarabangsa, di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) iaitu Parlimen antarabangsa untuk 192 negara, adalah suatu kepuasan intelektual dan profesional bagi seorang Ahli Parlimen.
Apatah lagi mendapat peluang membuat kenyataan dan berhujah di pentas PBB itu. Peluang mengungkapkan idealisme akar umbi ke pentas antarabangsa adalah kemuncak kerjaya seseorang Ahli Parlimen.
Demikianlah ruang keemasan yang diberikan kepada saya untuk dimanfaatkan sepenuhnya dari segi emosi dan intelektual sepanjang 20 Oktober hingga 2 November lalu di UNGA ke-62, New York.
Setiap hari mulai jam 8.45 hingga 10 pagi, saya bersama empat Ahli Parlimen lain iaitu Loh Seng Kok (Kelana Jaya); Alexandar Nanta Linggi (Kapit); Shim Paw Fatt (Tawau) dan Senator Loga Chitra menyertai sesi taklimat dengan rakan petugas Malaysia di PBB yang dipengerusikan Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Hamidon Ali.
Dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari pula mengikuti sidang pleno UNGA, mesyuarat Majlis Keselamatan atau Dialog Meja Bulat, dan sebelah petangnya menyertai sesi mesyuarat dalam jawatankuasa untuk membuat kenyataan atau turut serta dalam perdebatan. Sesekali pada sebelah malam pula ada perbincangan lanjut dan membuat rujukan perpustakaan. Pembabitan dalam siri perbahasan ini saya anggap sebagai suatu peluang 'perjuangan intelektual' untuk mempertahankan hujah dan persepsi.
Inilah suatu episod 'perjuangan' dalam pengembaraan intelektual saya, dan sebagai suatu dimensi baru apabila saya diberi peluang menyampaikan kenyataan mengenai beberapa perkara iaitu agenda mengenai 'Kedaulatan Tetap rakyat Palestin di Wilayah Yang Diduduki' dan kedua mengenai 'Pembangunan Mapan'.
Di samping itu kami turut menyertai Dialog Meja Bulat bertajuk "Peningkatan Kerjasama Kewangan dan Teknikal Antarabangsa untuk Pembangunan" bersama Prof Jeffrey Sachs, Penasihat Khas kepada Setiausaha Agung PBB, selain sesi dialog bersama Prof Jomo Kwame Sundarama, Penolong Setiausaha Agung untuk Pembangunan Ekonomi.
Dalam sesi taklimat sebelah pagi bersama Hamidon, saya sering menimbulkan perkara yang lahir daripada lubuk sanubari. Saya berasakan bahawa satu takrif baru perlu dibahaskan oleh pemikir di PBB mengenai makna pembangunan.
Memanglah PBB sejak dulu, kini dan akan datang terus berbincang mengenai pembangunan dunia. PBB adalah institusi dunia untuk kestabilan, keamanan dan pembangunan dunia. Pokok persoalannya, dalam konteks menangani permasalahan dunia dan pembangunan ini, apakah setiap kerangka serta tindakan kerja PBB membawanya mara ke depan atau mundur dalam mencapai misi kewujudannya?
Saya teruja dengan persoalan ini apabila saya menelaah sesi perbincangan dan pembacaan terhadap nota ucapan perwakilan mengenai prestasi pertubuhan ini. Ketika saya menyertai perbahasan di PBB di bandar raya New York itu, satu tragedi kebakaran besar berlaku berikutan kepanasan muka bumi dan tiupan angin kering Santa Ana yang kencang di Malibu dan San Diego, California Selatan.
Musibah ini membabitkan hampir sejuta orang terpaksa dipindahkan, ribuan rumah mewah musnah termasuk harta selebriti, nyawa terkorban, kualiti udara merosot, lebih AS$1.6 bilion kerugian, tak terhitung kos kerugian akibat pencemaran, kehangatan alam sekitar dan trauma manusia.
Saya gusar akibat pemanasan dunia, paras laut akan naik sehingga boleh menenggelamkan 17 peratus kawasan bumi di Bangladesh. Apakah yang akan berlaku kepada 300,000 rakyat Kepulauan Maldive jika negara ini ditenggelami laut menjelang 2025 akibat pemanasan dunia.
Inilah satu dimensi kesedaran yang saya kutip pada sidang UNGA ke-62 itu.
Prof Jeffery Sach, Pengarah Pembangunan Alaf Milenium turut mengkritik negaranya sendiri. Kongres Amerika katanya, mengamalkan sifat munafik dan tidak beramanah dalam memenuhi janji Sidang Monterrey 2002 untuk menyalurkan bantuan kewangan demi Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) dalam merungkai sengsara penduduk dunia mengenai kemiskinan, kelaparan, buta huruf, kesihatan, pembelaan hak wanita dan pendidikan.
Di antara kata-kata pedasnya ialah perbelanjaan membazir Amerika Syarikat untuk Pentagon dan Perang Teluk yang mencecah trilion dolar Amerika dan lebih baik dibelanjakan untuk memulih sengsara kelaparan 850 juta manusia di seluruh dunia.
Saya juga mempunyai dimensi tersendiri mengenai konsep pembangunan. Sebagai individu Muslim, definisi pembangunan saya adalah tidak berganjak daripada perhitungan habuan dunia dan habuan akhirat. Dunia dicari dalam perhitungan akhirat. Daripada kaca mata sekular Barat, pembangunan tidak boleh berlaku dalam kerangka keagamaan dan ruang agama disempitkan.
Bertitik tolak daripada paradigma inilah mereka secara menggila membentuk konsep pembangunan dalam rangka mengisi dan mengejar kejayaan di alam maya, lantaran dunia ini dilihat sebagai segala-galanya.
Bagi ummah pula, kesilapan kita ialah kelalaian, lembab, bebal, tiada hikmah dan istiqamah dalam menterjemahkan konsep hakiki ini menjadi kenyataan. Sebagai seorang individu Muslim, pemikir dan sarjana, kita perlu berkerja keras, mengerah segala kekuatan tenaga intelek, emosi dan spiritual untuk menyatakan dan membuktikan kebenaran kita melalui �perjuangan intelektual� di pentas dunia bagi memasarkan dan memasyarakatkan konsep pembangunan pada sisi Islam.
Nyatakan pendirian kita bahawa keghairahan pembangunan dengan penekanan kepada pencapaian kebendaan dan meminggirkan perhitungan adab, akhlak dan tatasusila hanya menatijahkan kerosakan, bukannya pembangunan.
Nyatakan pembangunan itu ialah suatu proses dan mutu pengislahan diri perseorangan dan masyarakat bangsa berkenaan kepada amal perbuatan ikhlas, berhikmah, berani, sederhana dan adil. Buktikan segala prinsip ini dengan tindakan dan kenyataan yang menjadi saksi dan model kepada konsep pembangunan di sisi Islam.
Sesungguhnya idealisme pendekatan Islam Hadhari memerlukan tenaga hebat dari kalangan pemimpin intelektual-ulama - 'ulul albab' untuk memasarkan, menjaja dan memasyarakatkan idea pembangunan Islam agar menjadi prinsip serta pedoman untuk bertindak.
Datuk Razali Ismail ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
Sidang Kemuncak Asean ke-13 kali ini, dilihat amat penting kerana ia diadakan sempena ulang tahun ke-40 penubuhan Asean. Apa harapan Malaysi...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/05/konsep-wasiat-wajibah-suatu-pengenalan.html http://blog.pintarpusaka.com/p/wasiat.html BA...
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
Nizar akan saman Sultan Perak - Saksi KUALA LUMPUR 20 Ogos - Seorang wartawan RTM memberitahu Mahkamah Tinggidi sini hari ini bahawa bekas M...
-
SWOT MATRIX KEKUATAN ( STRENGTH ) 1. Pengurusan dari pegawai perkhidmatan yang cekap dan ...
-
SHAH ALAM - Pas kini berada dalam kedudukan sangat penting untuk menentukan kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrah...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Bukti kebenaran melalui perjuangan intelektual"