Vietnam minta jiran lindungi nelayan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Vietnam minta jiran lindungi nelayan

HANOI: Vietnam meminta negara berhampiran memberikan perlindungan kepada beribu-ribu nelayannya dari ribut tropika yang kini berhampiran dengan kepulauan Spratly di Laut China Selatan, kata kerajaan negara itu semalam.

Hampir 74,000 nelayan yang bekerja di luar pantai Vietnam berada pada laluan Ribut Hagibis semalam dan 58 daripada mereka mendapatkan permintaan untuk berlindung di sebuah pulau di Filipina, kata kerajaan itu dalam satu laporan bencana.

Kelmarin, Menteri Luar Hanoi menghantar satu nota diplomatik ke Kemboja, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand meminta mereka membantu nelayan Vietnam berikutan ribut terbabit, yang ke tujuh melanda Vietnam tahun ini menuju ke Spratly.


Kepulauan terbabit adalah gugusan lebih 100 pulau tropika kecil dan terumbu karang antara selatan Vietnam dan selatan Filipina di tengah Laut China Selatan.

Hagibis bermaksud ‘ketangkasan’ dalam bahasa Tagalog dan dikenal pasti sebagai ribut 23W yang akan mendarat di bandar peranginan Phan Thiet, Vietnam hujung minggu ini, kata halaman Tropical Storm Risk.

Ia juga akan memberi ancaman bahaya kepada selatan Vietnam sebuah wilayah jarang dilanda taufan atau ribut tropika. - Reuters

0 Komentar untuk "Vietnam minta jiran lindungi nelayan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI