|
|
Kita mungkin hanya melihat keadaan ini jika berada di Genting Highland, Pahang dan agak sukar untuk mempercayai bahawa ia boleh berlaku di sebuah bandar raya yang letaknya di kawasan padang pasir.
Kejadian kabus tebal yang sebelum ini berlaku di kawasan agak pendalaman di Emiriah Arab Bersatu (UAE), kini beralih di bandar raya Dubai itu sendiri sehingga hampir melumpuhkan kegiatan harian dan juga pengangkutan.
Kabus yang paling teruk berlaku pada waktu pagi sejak beberapa hari lalu menyaksikan tahap penglihatan, adakalanya telah merosot sehingga 50 meter.
Kerajaan UAE menjangkakan keadaan akan berterusan beberapa hari lagi sebelum tiupan angin yang kuat mengalihkan kabus ini kembali ke kawasan pedalaman
0 Komentar untuk "BAGAIKAN KAYANGAN..."