Taufan Sidr: Wabak penyakit mula ragut nyawa - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Taufan Sidr: Wabak penyakit mula ragut nyawa

PATHARGHATA 21 Nov. – Kematian disebabkan oleh wabak penyakit mula dilaporkan hari ini di kawasan yang dilanda Taufan Sidr di Bangladesh ketika agensi antarabangsa menimbangkan rayuan bantuan tambahan daripada kerajaan untuk memenuhi keperluan ribuan mangsa yang hilang tempat tinggal dan juga kelaparan.

Zon bencana dilanda wabak penyakit bawaan air dan dua kanak-kanak maut kerana cirit-birit di daerah Patuakhali semalam, lapor akhbar Daily Star di Dhaka dengan memetik kenyataan pegawai kesihatan tempatan.

Pegawai kerajaan tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan laporan akhbar itu.

Agensi bantuan dan pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melawat kawasan bencana untuk mentaksir kerosakan dan keperluan bantuan, kata jurucakap Program Pembangunan PBB (UNDP) di negara ini.

Enam hari selepas taufan itu membadai kawasan rendah di pantai selatan negara ini, ramai mangsa yang keletihan masih belum mendapat bekalan makanan, air bersih dan perlindungan sementara.

– AP

0 Komentar untuk "Taufan Sidr: Wabak penyakit mula ragut nyawa"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI