SINGAPURA: Menteri Luar Australia Alexander Downer menyifatkan pengundi Australia akan membuat kesilapan jika cuba menyingkirkan Perdana Menteri John Howard dan dirinya sendiri menerusi pilihan raya, Sabtu ini.
Downer juga secara berseloroh memberitahu wartawan yang beliau berharap kunjungannya ke sidang kemuncak Asean di sini, bukanlah yang terakhir.
“Biarlah rakyat memutuskannya. Tetapi saya yakin rakyat membuat kesilapan besar jika mereka mengeluarkan saya daripada kelompok diplomasi Asean.”
Pengundi Australia akan membuat pilihan antara Howard yang sudah memerintah selama 11 tahun dan pemimpin pembangkang dari Parti Buruh Kevin Rudd, yang mengetuai tinjauan pendapat setakat ini.
Sementara itu di Sydney, Howard dan Rudd terus terbabit dalam perang mulut terbaru ketika masing-masing berusaha mendapat sokongan rakyat dalam masa tiga hari menjelang pilihan raya berkenaan.
Hasil tinjauan yang menyebelahi Rudd dan dijangka menang besar, tetapi beliau mahu pun Howard terus mempamerkan sikap enggan menyerah kalah.
Rudd turut menyelitkan perancangannya andai menerajui kerajaan Australia dan mendakwa masa depan negara itu lebih cerah di tangan Buruh. - AFP
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin

0 Komentar untuk "'Silap jika kami disingkir'"