Ahli politik Venezuela tampar wartawan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ahli politik Venezuela tampar wartawan

CARACAS: Ahli perundangan wanita Venezuela berulang kali menampar muka seorang wartawan ketika satu rancangan televisyen sambil menuduh dia memfitnahnya selepas wartawan berkenaan menulis mengenai kematian bayi lelakinya beberapa tahun lalu.

Iris Varela menyerbu set program pagi Gustavo Azocar kelmarin di negeri Tachira di barat daya negara itu, sambil menjerit: “Saya mahukan penjelasan dari lelaki ini yang menghina saya sepanjang rancangan ini.”

Pergaduhan secara langsung itu, yang menyaksikan Varela menampar Azocar beberapa kali dan memukulnya dengan mikrofon, menarik perhatian rakyat Venezuela dan berkemungkinan mencetuskan perbahasan hangat di negara itu mengenai isu kebebasan bersuara dan media.


Azocar ialah pengkritik lantang Presiden Hugo Chavez manakala Varela pula salah seorang sekutu rapat Chavez dalam Perhimpunan Kebangsaan.

Anggota Kongres itu berkata, kemarahannya tiada kena mengena dengan politik dan semata-mata disebabkan tindakan Azocar yang memperkatakan kehidupan peribadinya.

Azocar, baru-baru ini menulis buku yang menyentuh mengenai kematian bayi lelaki Varela di hospital pada awal tahun 1990-an dan menyifatkan ia perkara penentu dalam kehidupannya.

“Dia menghina saya dan campur tangan dalam urusan paling suci, anak lelaki yang sudah meninggal dunia, dan itulah sebabnya saya datang,” kata Varela sambil memegang mikrofon selepas merampasnya dari Azocar di depan kamera di stesen Tachira Regional Television di San Cristobal.

Azocar memegang kaca matanya yang pecah akibat ditampar, dan berteriak, “Bagaimana dengan ini?” Dia kemudian berkata: “Biarkan saya habiskan program ini.”

"Awak menghina saya. Minta maaf!," jerit Varela. Selepas beberapa minit memaki hamun, Varela memukul kepala Azocar dengan mikrofon dan berundur sambil berkata, “Teruskan dengan rancangan awak!"

"Apa yang awak tulis perlu dibicarakan," katanya kemudian. - AP
0 Komentar untuk "Ahli politik Venezuela tampar wartawan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI