Dua guru dipenjara 50 tahun - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Dua guru dipenjara 50 tahun

BANGKOK: Dua guru sebuah sekolah rendah di daerah Sai Mai, Bangkok dijatuhi hukuman penjara 50 tahun setiap seorang selepas Mahkamah Jenayah mendapati mereka bersalah terhadap dakwaan penderaan seksual terhadap lima budak perempuan berusia antara tujuh hingga lapan tahun.

Mahkamah mendapati Lon Soraganit, 58, seorang penyelia gred dua dan Pimol Sunsri, 49, seorang guru pendidikan jasmani di Sekolah Pracha Nukul bersalah melakukan penderaan seksual terhadap budak di bawah usia 13 tahun, mencabul budak di bawah 15 tahun dan menahan budak di bawah usia 15 tahun secara haram untuk mencabul dan melakukan penderaan seksual.

Kedua mereka didakwa merogol lima pelajar antara 1 Jun hingga 10 Ogos tahun lalu, kedua-duanya di sebuah kelas di sekolah dan di rumah guru terbabit.


Decha Yim-amnuay, peguam kepada kedua guru terbabit berkata bahawa anak guamnya akan membuat rayuan terhadap hukuman terbabit. Beliau juga cuba mendapatkan jaminan terhadap kedua mereka. - Agensi

0 Komentar untuk "Dua guru dipenjara 50 tahun"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI