TOKYO: Pemeriksaan cap jari ke atas warga asing yang tiba di Jepun berjaya mengesan lima orang yang berada dalam senarai hitam imigresen pada hari pertama ia dilaksanakan, kata Kementerian Kehakiman semalam.
Imbasan biometrik ke atas hampir semua warga asing yang memasuki negara itu diperkenalkan kelmarin, yang mencetuskan kemarahan di kalangan penduduk lama, ahli perniagaan dan aktivis hak asasi manusia.
Cap jari lima individu muncul dalam senarai mengandungi kira-kira 800,000 nama termasuk suspek Interpol dan mereka yang diusir dari Jepun pada masa lalu, kata kementerian.
Ia enggan memberi sebarang maklumat terperinci mengenai mereka atau memberitahu mereka berasal dari negara mana. Salah seorang daripada mereka akan dihantar pulang manakala yang lain masih disiasat, kata pegawai kementerian.
Prosedur baru ini, yang membabitkan imbasan elektronik kedua-dua telunjuk serta mengambil gambar digital, berdepan masalah kecil disebabkan komputer tidak berfungsi dan mereka yang hujung jari mereka kering.
Media domestik melaporkan seorang pegawai imigresen di Fukuoka, selatan Jepun, sebagai berkata sukar untuk memeriksa beberapa orang tua kerana cap jari mereka licin.
Pemeriksaan baru itu tidak menjejaskan masa menunggu di lapangan terbang Narita, lapangan terbang antarabangsa utama di Tokyo, kata pegawai imigresen.
Diperkenalkan sebagai langkah antikeganasan, sistem itu dikritik kerana mengaitkan warga asing dengan jenayah. Pembangkang mengadakan demonstrasi di luar Kementerian Kehakiman kelmarin.
“Kami akan terus bekerja untuk meningkatkan pemahaman bahawa imbasan cap jari adalah kaedah paling boleh dipercayai dalam teknologi terkini untuk memeriksa identiti individu,” kata seorang pegawai kementerian. - Reuters
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini menerima cadangan PKR untuk menggantikan Menteri Besar Selangor ...
-
PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dijangka memaklumkan kaedah menangani isu golongan gelandangan dan p...
-
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur dengan keputusan PKR yang menamakan Presidennya sebagai calon ment...
-
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/norway-puji-fokus-strategik-negara-1.183000 PROGRAM Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Trans...
-
TELUK INTAN - DAP hari ini mengumumkan Setiausaha Politik kepada anggota Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, sebagai calon...
-
Pelajar berusaha keras untuk berjaya Popularitinya mengalahkan jenama besar Finalis Akademi Fantasia 2014, Dari kiri, Adel, Nuha, E...
-
KUALA KRAI: Gerakan Harapan Baharu (GHB) bukanlah sebuah perjuangan yang diwarisi daripada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, k...
-
SEJAK akhir-akhir ini drama Melayu adaptasi dari novel semakin banyak ditayangkan di kaca televisyen. Namun, pada pendapat saya semuanya ‘...
-
Pendakwa raya mohon tangguh bekalkan dokumen KUALA LUMPUR 20 Julai - Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untukmemperoleh sebahagian besar dokume...
-
Oleh Roslan SMS Isu dakwaan The Wall Street Journal bahawa PM Najib Tun Razak telah mengambil dana kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion)...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin

0 Komentar untuk "Imbasan cap jari kesan lima individu disenarai hitam"