Presiden Musharraf mahu laksana darurat sebulan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Presiden Musharraf mahu laksana darurat sebulan

Pakistan bebaskan Benazir, usir tiga wartawan Britain

ISLAMABAD: Pakistan akan menarik balik perintah darurat yang diisytiharkan Presiden Pervez Musharraf Sabtu lalu, kata pegawai kanan kerajaan semalam, di tengah-tengah kritikan keras Amerika Syarikat, mengenai tindakan itu.

"Darurat akan berakhir dalam masa sebulan," kata Peguam Negara, Malik Mohammed Qayyum, kepada dalam satu temubual telefon ringkas.

Beliau tidak memberikan maklumat lanjut dan tidak memberitahu bila pengumuman rasmi akan dibuat.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto, meninggalkan rumahnya buat kali pertama selepas sehari dikenakan tahanan dalam rumah, untuk mengadakan mesyuarat dengan anggota parti pimpinannya.

Pembantu kanan Benazir berkata, beliau akan bertemu diplomat asing selepas itu.

Musharraf menegaskan, beliau mengisytiharkan darurat untuk membantu memerangi pelampau Islam yang menguasai sebahagian wilayah negara itu berhampiran sempadan Afghanistan.

Bagaimanapun, pembangkang serta mahkamah dan media bebas yang semakin bertambah, jelas menjadi sasaran utama penindasan.

Berikutan tekanan antarabangsa yang semakin memuncak, Musharraf mengumumkan pilihan raya Parlimen yang pada awalnya dijadualkan Januari ini akan diadakan sebulan kemudian.

Pasukan keselamatan mengepung villa Benazir di kawasan kejiranan mewah di Islamabad kelmarin, dan menahan beribu-ribu penyokongnya untuk menghalang demonstrasi yang dirancang.

Di Rawalpindi, bandar yang menjadi lokasi tunjuk perasaan diketuai Benazir, polis menggunakan gas pemedih mata dan baton untuk menyuraikan beratus-ratus penyokong bekas Perdana Menteri itu yang melancarkan bantahan dan membaling batu ke arah mereka. � AP
0 Komentar untuk "Presiden Musharraf mahu laksana darurat sebulan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI