Mogok Hollywood semakin tegang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Mogok Hollywood semakin tegang

LOS ANGELES 10 Nov. – Ketegangan kini semakin memuncak antara ribuan penulis skrip Hollywood yang melancarkan mogok terhadap studio filem dan televisyen di luar studio 20th Century Fox berhubung rundingan kontrak baru mereka.

Mogok yang berlarutan sejak enam hari lalu semakin mendapat perhatian umum setelah pengacara televisyen, Jay Leno dan Ellen DeGeneres membincangkan permintaan penulis skrip tentang kenaikan gaji yang lebih tinggi daripada hasil kerja mereka di Internet dalam program mereka.

Degeneres turut melemparkan kritikan pedas ketika berada di Persatuan Penulis Amerika (WGA) serta memberikan sokongan kepada para penulis skrip dengan menghadiri mogok pada hari pertama.

Tindakan Degeneres ini mendapat sokongan Persekutuan Artis Radio dan Televisyen Amerika (AFTRA) serta penerbit rancangan beliau apabila mereka menganggap tindakannya tidak melanggar undang-undang.

– Reuters

0 Komentar untuk "Mogok Hollywood semakin tegang"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI