Duduk lama macam merokok - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Duduk lama macam merokok

MISSOURI: Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat mendakwa perbuatan duduk berjam-jam lamanya setiap hari, boleh mengundang risiko kesihatan yang menyamai kesan buruk merokok atau berada di bawah pancaran mentari.

Profesor Mar Hamilton, penyelidik Universiti Missouri mendakwa, berjuta-juta pekerja di seluruh dunia yang duduk lama di tempat kerja dan menyambung semula perbuatan itu ketika menonton televisyen di rumah, terdedah kepada risiko penyakit jantung, diabetes atau kencing manis Jenis 2 dan obesiti atau terlalu gemuk.

"Kebimbangan utama masa depan adalah wujudnya semakin banyak ancaman kesihatan akibat duduk terlalu lama.


"Malah, hasil beberapa kajian menyamakan kesan buruk duduk itu dengan natijah merokok," katanya dalam rencana disiarkan edisi terbaru jurnal perubatan Diabetes.

Hasil kajian kedua di Institut Diabetes Antarabangsa di Melbourne, Australia pula mengaitkan senaman selama dua jam sehari tidak mungkin dapat menampung kesan buruk akibat duduk selama 22 jam.

Profesor David Dunstan memberitahu majalah Australian Doctor: "Mereka yang sering bangun ke meja rakan dan tidak duduk sepanjang masa, mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap kencing manis." � Agensi

0 Komentar untuk "Duduk lama macam merokok"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI