MCB tuduh kerajaan sengaja tanam syak wasangka terhadap penduduk Muslim
LONDON: Pemimpin Majlis Muslim Britain (MCB), Dr Muhammad Abdul Bari, menyifatkan kerajaan sengaja menimbulkan ketegangan dan syak wasangka terhadap penduduk Islam negara itu, lapor akhbar The Independent.
Ini berikutan kenyataan ketua agensi perisikan M15 mendakwa ada 2,000 penduduk Islam terbabit dalam aktiviti pengganas dan budak semuda 15 tahun dilatih menjadi pengebom bunuh diri.
Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, pula mengumumkan pelan yang memerlukan pendatang mempelajari bahasa Inggeris dan sumber kediaman rasmi Perdana Menteri, Downing Street, berkata Brown mahu menggandakan tempoh suspek pengganas boleh ditahan tanpa dibicarakan.
"Ada beberapa perbincangan di sekeliling kita. Ia dipenuhi syak wasangka dan keresahan. Ia tidak baik untuk komuniti Islam, ia tidak baik untuk masyarakat," kata guru keperluan khas berusia 53 tahun itu.
Britain, katanya, perlu berwaspada supaya tidak mengulangi kesilapan era Nazi di Jerman.
"Setiap masyarakat perlu berhati-hati supaya keadaan tidak membawa kita kepada masa ketika minda penduduk boleh diracuni seperti pada 1930-an. Jika komuniti anda dilihat dalam cara negatif dan tinjauan menyatakan kami terasing, penduduk Islam mula berasa amat tergugat.
"Kami dilihat sebagai pencetus masalah, bukan sebagai membawa sesuatu dan ia tidak elok untuk mana-mana masyarakat," katanya.
Dia juga menegaskan tidak wujud apa yang dikatakan keganasan Islam.
"Pengganas adalah pengganas, mereka mungkin menggunakan agama tetapi kita tidak boleh berkata orang Islam adalah pengganas. Ia menunjukkan keseluruhan komuniti. Kami tidak pernah menggelar IRA adalah pengganas Katolik," katanya.
Dr Bari berkata, ketua MI5, Jonathan Evans, memudahkan kerja golongan ekstremis dengan memberikan gambaran ancaman wujud menjelang ucapan Ratu Elizabeth.
"Saya rasa ia menimbulkan ketakutan meluas dalam masyarakat. Ia mungkin membantu segelintir pihak yang cuba merekrut golongan muda ke arah keganasan.
"Golongan muda Islam mudah terpengaruh seperti juga orang lain. Disebabkan iklim ketakutan ini, mereka akan mula berasa menjadi mangsa," katanya.
Dr Bari juga percaya, pelan Brown memanjangkan tempoh penahanan suspek pengganas tanpa dibicarakan adalah satu kesilapan.
"Malah polis tidak pernah meminta mereka ditahan lebih 28 hari. Apa yang kami tahu tiada bukti jelas menunjukkan perlunya tempoh dipanjangkan," katanya. � Agensi
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
KUALA LUMPUR: Festival fans can finally breathe easy as Livescape Asia today announced the full line-up of acts wired to take ove...
-
Zarina sudah berpunya Ketika mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Selasa lalu,Zarina, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di...
-
Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa KUALALUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puasha...
-
15 OKT — Nampaknya perempuan yang tidak memakai tudung di Malaysia sudah menjadi spesies yang terancam. Soalnya diancam oleh apa dan siap...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
-
SUBANG JAYA: Walaupun PAS memutuskan untuk tidak menyertai sidang meja bulat bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen P...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Islam Britain dipandang serong"