Dialog Manila-MILF Rabu ini - Kuala Lumpur tuan rumah selesai isu hak warisan Bangsamoro - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Dialog Manila-MILF Rabu ini - Kuala Lumpur tuan rumah selesai isu hak warisan Bangsamoro

ZAMBOANGA, Filipina 10 Nov. – Kerajaan Filipina dan pejuang pemisah Islam akan meneruskan rundingan rasmi di Malaysia minggu depan dalam usaha menyelesaikan persengketaan akibat perebutan wilayah.

Penasihat Presiden mengenai rundingan damai, Jesus Dureza berkata, rundingan di antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang tertangguh sejak September tahun lalu itu akan berlangsung di Kuala Lumpur, Rabu ini.

“Diharap kedua-dua pihak akan bertemu bagi mengukuhkan lagi perjanjian tentang isu wilayah Bangsamoro.

“Jika semuanya berjalan lancar berkemungkinan akan berlangsung satu acara menandatangani perjanjian bagi wilayah yang telah dikuasai MILF sejak dari zaman nenek moyang mereka pada rundingan seterusnya tahun depan,” kata Dureza.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan tentang keluasan tanah yang akan diberikan kepada MILF.

Rundingan sebelum ini turut diadakan di Malaysia bagi menuntut tanah yang didakwa dimiliki oleh MILF di selatan Mindanao tetapi ia menemui jalan buntu.

Namun pada 25 Oktober lalu, Manila dan MILF mengumumkan, mereka berjaya mengatasi kebuntuan dalam rundingan damai dan sudah bersedia untuk meneruskan dialog rasmi sebelum penghujung tahun ini.

“Proses damai kini berada pada landasan ke arah rundingan damai rasmi sebelum akhir tahun ini,” tegas kenyataan bersama yang ditandatangani oleh perunding MILF, Mohagher Iqbal dan wakil kerajaan, Rodolfo Garcia ketika itu.

Para perunding terbabit menyatakan “kepuasan berhubung kejayaan mencapai resolusi berkaitan isu utama bagi mengatasi kebuntuan pada September 2006 berhubung tanah warisan”.

Isu tanah warisan membabitkan saiz kawasan yang akan diletakkan di bawah pentadbiran autonomi yang menjadi sebahagian daripada syarat damai serta perkongsian sumber kekayaan asli dan urus tadbir.

Filipina dan Amerika Syarikat (AS) berharap perjanjian damai dengan MILF akan mengubah kawasan selatan wilayah Mindanao yang merupakan zon konflik, menjadi pusat ekonomi.

– AFP

0 Komentar untuk "Dialog Manila-MILF Rabu ini - Kuala Lumpur tuan rumah selesai isu hak warisan Bangsamoro"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI