PETALING JAYA - Isu melibatkan lima Adun PKR yang disifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai 'bersama Umno' selepas mereka memutuskan untuk berkecuali dalam proses pengundian usul tebus guna tanah diselit perwakilan AMK dalam perbahasan mereka, hari ini.
Pembahas pertama, perwakilan dari Selangor, Jestine Raj menggunakan pentas itu untuk menyampaikan nasihat kepada pimpinan-pimpinan komponen Pakatan Harapan.
"Baru-baru ini apa yang berlaku di Dun Pulau Pinang telah memberi impak begitu besar kepada semua. Di mana kita terasa (bahawa) parti lain tidak boleh menentukan hala tuju PKR.
"... dan juga kerajaan negeri Pulau Pinang tidak boleh mentadbirnya seorang diri," katanya ketika sesi perbahasan pada Kongres Nasional AMK 2015, di sini, hari ini.
Sementara perwakilan dari Kedah, Mohd Ridhwan Mohd Razali memuji tindakan lima Adun itu yang berani menyatakan pendirian.
"Saya hormati tindakan lima Adun yang nyatakan pendirian untuk tidak mengundi. Kita bukan marah DAP tapi bila kena sentimen rakyat, kita kena utamakan rakyat.
"Ketua menteri tuduh kita begitu...jangan macam itu, tak boleh. Kita PKR kena utamakan rakyat," katanya.
Sementara Ketua AMK Pahang, Wong Chun Yuan berkata, salah faham itu berlaku susulan tiada pendidikan diberikan kepada orang ramai.
"Di Pulau Pinang, terdapat salah faham bahawa lima Adun kita beri sokongan kepada Umno kerana ia tidak beri pendidikan kepada orang-orang terhadap keadaan sebenar.
"Padahal sebenarnya seorang Adun boleh memberi undi mengikut suara hati sendiri," katanya.
Sebelum ini, PKR mengesahkan isu itu sudah selesai selepas pihaknya berpuas hati dengan penjelasan lima Adunnya kerana perkara itu bukan usul atau isu partisan.
Isu itu timbul apabila Dun Pulau Pinang membincangkan usul kontroversi yang dikemukakan Adun (BN-Pulau Betong) mengenai isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar berhampiran muara Sungai Pinang.
Menurut pembangkang, pembangunan di kawasan itu akan menyebabkan hidupan laut terancam kerana habitatnya terhapus selain menjejaskan kehidupan kira-kira 500 nelayan di kawasan berkenaan.

0 Komentar untuk "Isu lima Adun PKR jadi modal perwakilan"