Minyak AS$200 setong jika Iran diserang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Minyak AS$200 setong jika Iran diserang

RIYADH 18 Nov. – Presiden Venezuela, Hugo Chavez memberi amaran bahawa harga minyak mentah boleh meningkat sekali ganda kepada AS$200 (RM680) setong jika Amerika Syarikat (AS) menyerang sekutu beliau, Iran.

Chavez mengeluarkan amaran itu dalam ucapan pembukaannya pada sidang kemuncak Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) di ibu negara Arab Saudi ini semalam.

“Jika AS cukup gila untuk menyerang Iran atau melakukan pencerobohan terhadap Venezuela...harga minyak tidak akan mencecah AS$100 (RM340) tetapi AS$200 (RM680),” kata Chavez.

Beliau berucap kepada hadirin yang turut terdiri daripada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad iaitu rakan seperjuangannya dalam memerangi pengaruh Barat.

Ucapan Chavez semalam membayangkan lebih banyak retorik anti-AS akan disuarakan oleh sekutu-sekutu rapatnya pada sidang kemuncak hari ini.

“OPEC mesti bangkit bertindak sebagai benteng menentang kemiskinan di seluruh dunia.

“OPEC perlu menjadi ejen geopolitik yang lebih aktif dan menuntut agar negara-negara anggota kita dihormati dan tidak lagi diugut oleh negara-negara kuat,” kata Chavez.

Kebimbangan bahawa AS atau sekutunya, Israel mungkin menyerang Iran untuk menyekat program tenaga nuklear Teheran yang didakwa sebagai muslihat untuk membangunkan senjata nuklear, telah menyumbang kepada pelonjakan harga minyak dunia kepada paras tertinggi dalam sejarah.

Harga minyak beberapa kali hampir mencecah AS$100 pada bulan ini sehingga mendorong negara-negara pengguna meminta OPEC meningkatkan bekalan ke dalam pasaran.

Menteri-Menteri minyak OPEC awal minggu memberitahu, sidang kemuncak yang berakhir hari ini akan menangguhkan keputusan sama ada hendak menaikkan pengeluaran OPEC atau tidak kepada mesyuarat di Abu Dhabi pada 5 Disember ini.

– Reuters

0 Komentar untuk "Minyak AS$200 setong jika Iran diserang"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI