Patriotikkan filem tempatan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Patriotikkan filem tempatan

APABILA beberapa filem patriotik tempatan mencatatkan kutipan yang sangat kecil, sesetengah penerbit melihat filem patriotik seperti menonton filem hantu. Sebaliknya filem hantu tidak menakutkan kerana setidak-tidaknya menjanjikan pulangan modal.

Filem Paloh arahan Adman Salleh dan 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba misalnya telah mencatatkan kutipan yang kecil berbanding filem hantu yang diterbitkan di negara ini. Tetapi kegagalan kutipan ini tidak harus menjadi alasan untuk kita tidak menghasilkan filem patriotik.

Setakat ini filem-filem berunsur patriotik hampir semuanya meminjam sejarah sebagai latar sosialnya. Tetapi filem patriotik tidak semestinya meminjamkan latar sejarah. Ini kerana sejarah hanya salah satu pendekatan untuk menghasilkan filem patriotik.

Filem patriotik boleh dihasilkan dengan pelbagai bentuk dan pendekatan. Sebabnya patriotik sendiri tidak membawa maksud sejarah. Patriotik adalah satu rasa kecintaan kepada tanah air dan bangsa. Maka macam-macam boleh dilakukan kepada filem untuk menunjukkan kecintaan kita kepada bangsa dan negara.

Filem World Trade Centre arahan Oliver Stone yang memaparkan pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus dalam tragedi serangan 11 September 2001 di New York. Ini sebuah filem patriotik. Sebelum itu muncul filem The Deer Hunter (1978), Appocalypse Now (1979), Platoon (1986) dan Born On The Fourth July (1989) yang juga filem patriotik. Tetapi filem-filem ini meminjam latar Perang Vietnam sementara World Trade Centre tentang peristiwa semasa.

Tetapi disebabkan banyak filem patriotik kita berlatar sejarah khususnya sejarah sebelum merdeka, sudah tentu ada yang menganggap filem patriotik hanya mengemukakan isu-isu lama. Bagaimanapun sejarah tidak lagi menjadi sejarah apabila dipindahkan ke medium kreatif, tidak kira filem, drama atau teater.

Paloh dan 1957: Hati Malaya adalah salah satu pendekatan filem patriotik. Kedua-dua filem ini meminjam latar sejarah negara sebelum merdeka. Tetapi filem patriotik yang lain tidak semestinya berlatarkan sejarah.

Amerika Syarikat (AS) membuat filem Black Hawk Down (2001) arahan Ridley Scott. Filem ini meminjam latar perang saudara di Somalia dan mengemukakan dengan semangat patriotik yang tinggi. Jangan cari fakta sejarahnya kerana ia bukan sejarah. Ini sebuah karya yang menyemarakkan semangat patriotik khususnya kepada rakyat AS. Sebenarnya patriotik tidak ada kaitan dengan sejarah dan jangan terikat dengan peristiwa sejarah saja.

Banyak orang tidak sedar bahawa Matinya Seorang Patriot arahan Rahim Razali sebuah filem patriotik. Filem ini antara lain mengajak orang Melayu menghayati konsep BCA (Bersih, Cekap dan Amanah) untuk menjadikan negara berjaya dan bangsa bermaruah. Jadi, patriotikkanlah filem kita dengan mengisikan dengan idealisme yang berguna untuk membina manusia.

E-mel: kuseman@pc.jaring.my atau cp@galaxystudio.tv

0 Komentar untuk "Patriotikkan filem tempatan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI