ISU MINYAK: Ahmadinejad (kiri), Chavez dan Raja Arab Saudi, Abdullah Abdul Aziz melambaikan tangan sebelum sidang Opec di Riyadh, kelmarin. |
Harga minyak melonjak dua kali ganda jika Amerika serang Iran
RIYADH: Presiden Venezuela, Hugo Chavez, memberitahu persidangan Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) kelmarin bahawa harga minyak mentah akan naik dua kali ganda kepada AS$200 (RM680) jika Amerika Syarikat menyerang sekutunya, Iran.
"Jika Amerika cukup gila untuk menyerang Iran atau Venezuela, harga minyak tidak berada pada harga AS$100 (RM340) sebaliknya AS$200 (RM680)," kata Chavez pada persidangan di ibu negara Arab Saudi itu.
Chavez memberi ucapan pada majlis yang turut dihadiri Presiden Iran, Mahmud Ahmadinejad, sekutunya yang menentang pengaruh Barat.
Kebimbangan terhadap kemungkinan Amerika atau sekutunya, Israel, menyerang Iran berhubung program tenaga nuklear Teheran - yang didakwa Washington bertujuan membangunkan senjata atom, membantu mendorong harga minyak dunia ke paras tertinggi dalam rekod. Teheran berulang kali menafikan dakwaan itu.
Harga minyak melepasi AS$100 (RM340) bulan ini, yang mendorong negara pengguna menggesa negara anggota OPEC meningkatkan bahan itu di pasaran.
Menteri minyak OPEC berkata, awal minggu ini di Riyadh bahawa persidangan itu, yang berakhir semalam, akan membiarkan sebarang keputusan sama ada untuk meningkatkan pengeluaran dibuat pada 5 Disember dalam pertemuan di Abu Dhabi.
Deraf akhir kenyataan rasmi cuma berkata OPEC mahukan 'kestabilan pasaran tenaga global' dan menteri minyak termasuk Arab Saudi berkata faktor itu itu di luar kuasa OPEC yang terhad.
Ia membuka jalan bagi menteri OPEC untuk cuba mengemudi persidangan ke arah isu persekitaran tidak kontroversi.
Kumpulan berkenaan 'berkongsi kebimbangan masyarakat antarabangsa perubahan suhu ialah cabaran jangka panjang,' menurut deraf itu.
Setiausaha Agung OPEC, Abdullah al-Badri, minggu ini berkata OPEC bersedia mengambil bahagian dalam usaha mepembangunan penangkap karbon dan penyimpanan teknologi untuk membantu mengurangkan pelepasan di udara.
Walaupun deraf tidak menyebut mengenai tabungan alam sekitar dengan negara pengguna - idea yang timbul dalam forum minggu ini, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah, memberitahu sesi pembukaan negaranya akan menyumbang sebanyak AS$300 juta (RM1.02 bilion) ke arah penyelidikan alam sekitar. - Reuters
0 Komentar untuk "Chavez gertak Washington"