LONDON: Seorang pekerja wanita sebuah bank membuatkan majikannya terpaksa menyumbangkan £10,000 (RM70,000) kepada sebuah badan kebajikan selepas bertaruh dia tidak berani mencium Perdana Menteri Britain, Gordon Brown.
Emma Faraday, bagaimanapun membuktikan cabaran itu berbaloi disambut dengan mendekati Brown pada majlis yang dihoskan oleh badan kebajikan kanak-kanak, Shine, di Muzium Sejarah Alam di London, dan meminta beliau menciumnya.
Namun, majikannya, yang tiada di majlis itu, meminta badan kebajikan itu memberikan bukti bertulis mengenai ciuman itu sebelum membuat bayaran.
Faraday duduk dengan sekumpulan pekerja wanita di meja yang ditaja syarikat mereka di majlis berkenaan, yang antara tetamunya, termasuk pengurus kelab Manchester United, Sir Alex Ferguson.
Sebelum hadir ke majlis itu, majikan mereka berjanji memberi sumbangan jika seorang daripada mereka mencium Brown. - Agensi
0 Komentar untuk "Cium PM Britain untuk kebajikan"