Steve Irwin dianugerah gelaran profesor - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Steve Irwin dianugerah gelaran profesor

BRISBANE 8 Nov. - Pencinta alam sekitar dan bintang siri televisyen Australia, Steve Irwin akan dianugerahkan gelaran profesor kerana sumbangannya dalam pelbagai kajian berkaitan haiwan liar semasa hayatnya.

Irwin yang popular melalui siri Crocodile Hunter telah disenarai pendek sebagai calon yang layak oleh Universiti Queensland sebelum kematiannya tahun lepas.

Universiti itu tidak dapat memaklumkan Irwin mengenai anugerah tersebut kerana beliau meninggal dunia beberapa hari sebelum berita baik itu dijadual diberitahu kepadanya.

“Notis pemberitahuan rasmi mengenai anugerah itu telah sedia dihantar kepadanya tetapi sebaliknya kami menerima berita kematian Irwin,” tegas kenyataan universiti tersebut.

– AFP

0 Komentar untuk "Steve Irwin dianugerah gelaran profesor"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI