BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

ANTARA perkara yang menarik perhatian dalam ucapan dasar Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi pada Perhimpunan Agung UMNO kelmarin ialah gesaan supaya semua pihak jangan terlalu mengkritik polis.

Peringatan Perdana Menteri itu kena pada masanya. Sememangnya ada kecenderungan sesetengah pihak mengkritik polis secara keterlaluan terutama berkaitan peningkatan kadar jenayah.

Ada kalanya Awang tertanya mengapa sampai begitu? Tidakkah kita sepatutnya menghargai jasa dan pengorbanan polis?

Sebarang kritikan terhadap polis janganlah sampai menampakkan seolah-olah imej pasukan itu begitu buruk sedangkan realitinya tidak begitu.

Malah pasukan polis kita adalah antara yang terbaik di rantau ini dalam menangani masalah jenayah.

Pada Awang, sesiapa sahaja boleh mengkritik tetapi biarlah dalam semangat yang betul dan memahami kekangan polis.

Permasalahan lebih serius ialah gejala sosial yang berleluasa dan kebanjiran pendatang asing, yang menyebabkan peningkatan ketara kes jenayah di negara ini.

Jadi wajarkah semuanya mahu dibebankan kepada polis?

Awang – Nampak punca masalah.

0 Komentar untuk "BISIK-BISIK AWANG SELAMAT"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI