Howard rayu sokongan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Howard rayu sokongan

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, John Howard merayu kepada pengundi untuk memberi beliau peluang menyelesaikan usahanya untuk mengubah negara itu.

Rayuan berkenaan dibuat sehari selepas kerajaan Howard menaikkan kadar faedah yang menyebabkan prospek parti memerintah untuk menang merosot.

Howard yang turut terpaksa bersaing sengit bagi kerusi parlimennya pada pilihan raya 24 November ini, berkata perubahan yang dilaksanakannya sejak 11 tahun memerintah masih belum sempurna.


Katanya, kerajaan Konservatifnya masih dalam proses meletakkan Australia sebagai ekonomi yang terbuka, anjal dan dinamik. "Pilihan raya ini adalah mengenai menyiapkan projek kebangsaan besar yang kami mulakan.

"Australia perlu menyempurnakan pemindahannya daripada negara kebajikan kepada negara yang banyak peluang." kata Howard. � AFP

0 Komentar untuk "Howard rayu sokongan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI