Benazir dakwa ribuan penyokongnya ditahan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Benazir dakwa ribuan penyokongnya ditahan

ISLAMABAD 8 Nov. – Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinan Benazir Bhutto hari ini mendakwa polis menangkap beribu-ribu aktivis parti itu, malam tadi.

“Mereka menyerbu rumah-rumah aktivis kami di seluruh Punjab sepanjang malam tadi.

“Bilangan penyokong yang ditangkap kini mencecah beribu-ribu orang,” kata jurucakap PPP di wilayah Punjab, Farzana Raja.

Polis yang telah pun menahan ratusan peguam dan tokoh pembangkang lain sejak perintah darurat dikenakan dan perlembagaan digantung pada Sabtu lalu, menafikan mereka menangkap penyokong Benazir.

PPP merancang mengadakan rapat umum di Rawalpindi esok bagi membantah perintah darurat itu dan Benazir sendiri mengancam untuk menganjurkan perarakan besar-besaran pada 13 November melainkan Pervez meletak jawatan.

Indeks pasaran saham Karachi yang jatuh 4.6 peratus pada Isnin lalu berikutan perintah darurat tersebut, merosot 1.2 peratus lagi awal hari ini kerana ancaman Benazir yang mencetuskan kebimbangan mengenai pergolakan politik berlarutan.

– Reuters

0 Komentar untuk "Benazir dakwa ribuan penyokongnya ditahan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI