Oleh Jami'ah Shukri
KEMENTERIAN Keselamatan Dalam Negeri, baru-baru ini mengeluarkan pekeliling kepada semua syarikat kawalan keselamatan berdaftar di bawah kementerian itu supaya menghentikan segera amalan membenarkan pengawal keselamatannya menyimpan dokumen sekuriti pelawat termasuk kad pengenalan sekiranya ingin memasuki premis mereka.
Pengedaran Pekeliling itu adalah arahan tepat sebagai langkah keselamatan daripada dokumen berkenaan seperti kad pengenalan, khususnya MyKad tidak disalahgunakan pihak tertentu untuk kepentingan mereka sama ada dipalsukan atau mencuri maklumat.
Pada masa ini, ada segelintir premis menghendaki pelawat meninggalkan kad pengenalan, lesen memandu atau pasport di pondok pengawal keselamatan sebelum memasuki sesuatu premis. Sebelum ini, ada juga undang-undang menyatakan kebenaran untuk pertukaran mendapatkan pas pelawat, dengan syarat kawasan itu adalah kawasan yang diwartakan mengikut Akta Kawasan dan Tempat Larangan 1959.
Namun, keadaan itu tetap mengundang kebimbangan orang ramai. Malah, kementerian itu turut menerima aduan orang ramai yang bimbang mengenai pelbagai kemungkinan wujud sindiket mencuri data penting atau memalsukan dokumen sekuriti itu. Bagi kad pengenalan MyKad ia mempunyai pelbagai aplikasi penting seperti data lesen memandu, kemudahan mesin juruwang automatik (ATM), sistem pembayaran wang automatik (MEPS) dan maklumat pasport antarabangsa.
Hakikatnya, amalan meletakkan dokumen sekuriti itu memang kurang disenangi orang ramai. Pengurusan sesebuah bangunan sepatutnya memperkenalkan sistem baru yang tidak memerlukan orang ramai meninggalkan kad pengenalan mereka di kaunter pengawal keselamatan. Rasanya sudah mencukupi, setiap pengawal keselamatan sesebuah syarikat hanya mengambil serta merekodkan dokumen identiti pelawat dan dikembalikan kepada pemilik.
Justeru, dengan adanya pekeliling itu diharapkan semua syarikat kawalan keselamatan mematuhi arahan itu. Kegagalan mereka mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Agensi Persendirian 1971.
Bagi kita, MyKad yang menggunakan teknologi terkini dengan menggabungkan pelbagai ciri keselamatan itu adalah batu loncatan kepada Kerajaan Malaysia untuk membina landasan prasarana digital di negara ini. Namun, kecanggihan yang dimiliki negara tidak seharusnya dicemari dengan masalah lain yang boleh merugi dan menyukarkan masyarakat.
Kebarangkalian kecurian data atau memalsukan dokumen oleh pihak tertentu, bermula dari pondok pengawal keselamatan tidak mustahil berlaku. Paling dikhuatiri jika ada rangkaian yang menggunakan sindiket mengambil kesempatan mengeksploitasi sistem yang digunakan untuk mengaut keuntungan.
Kegiatan memalsukan MyKad juga boleh berlaku. Difahamkan masih ada pihak yang mampu memalsukan MyKad untuk dijual kepada rakyat asing yang memasuki negara ini secara haram. Malah, ada yang sanggup membelinya walaupun pada harganya beribu ringgit daripada sindiket tertentu.
Selain itu, dokumen penting seperti lesen memandu dan pasport juga mudah dipalsukan. Dengan teknologi yang ada semuanya dengan enteng dilakukan.
Bekas Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Rahmat Ismail, menyifatkan tindakan amaran kepada semua syarikat keselamatan itu adalah langkah wajar untuk memastikan sebarang kegiatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu untuk menyalahgunakan dokumen sekuriti itu.
Sebelum ini, ingatan kerajaan berhubung perkara itu sudah ada dan kebanyakan syarikat swasta sudah lama mematuhi arahan yang mana tidak mewajibkan pelawat meninggalkan kad pengenalan dan lesen memandu.
Bagaimanapun, katanya, masih ada juga sebilangan syarikat serta jabatan kerajaan yang mahu pelawat meninggalkan kad pengenalan bagi mendapatkan pas pelawat sebelum dibenarkan memasuki premisnya.
“Saya menganggap pekeliling itu sebagai satu amaran yang baik dan peringatan untuk kepentingan semua pihak. Bagi syarikat pengawal keselamatan sentiasa mematuhi arahan itu.
“Pengawal keselamatan juga sudah memahami peraturan itu. Kita memang tidak meminta pelawat meninggalkan kad pengenalan di kaunter pengawal, mencukupi menulis butir identiti mereka. Kemungkinan sesetengah mahu kad pengenalan itu adalah sebagai jaminan supaya pelawat memulangkan semula pas pelawat yang dipakai. Ada kalanya pelawat tidak memulangkan pas pelawat itu,” katanya.
Walau apa juga alasannya, amaran meninggalkan dokumen sekuriti wajar ditukar. Berwaspada sebelum terjadi sesuatu yang tidak diingini. Bagi pihak yang berkepentingan sememangnya sentiasa menunggu peluang keemasan untuk merealisasikan kemahuan mereka.
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
KUALA LUMPUR: Festival fans can finally breathe easy as Livescape Asia today announced the full line-up of acts wired to take ove...
-
Zarina sudah berpunya Ketika mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Selasa lalu,Zarina, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
-
Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa KUALALUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puasha...
-
SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di...
-
SUBANG JAYA: Walaupun PAS memutuskan untuk tidak menyertai sidang meja bulat bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen P...
-
Oleh Rosli Safar (Yang mengikuti lawatan ke Tokyo Motor Show 2007, di Tokyo baru-baru ini) KOMITMEN kebanyakan syarikat pengeluar kereta unt...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Larangan simpan dokumen pelawat elak jenayah digital"