AS desak Jepun tidak memburu ikan paus - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

AS desak Jepun tidak memburu ikan paus

WASHINGTON 20 Nov. – Amerika Syarikat (AS) mendesak Jepun supaya tidak melakukan ekspedisi pemburuan ikan paus yang didakwa aktivis sebagai bertujuan komersial dan menyasarkan buat kali pertamanya untuk menangkap paus kelasa.

Beberapa kapal pemburu paus bertolak dari pelabuhan Shimonoseki di barat daya Jepun pada Ahad lalu menuju ke Laut Antartik.

Kumpulan pencinta alam, Greenpeace menegaskan bahawa sekiranya kumpulan kapal itu tidak memenuhi tuntutannya untuk berpatah balik, mereka akan mengekori ekspedisi itu untuk memprotes pemburuan ke atas ikan paus.

Greenpeace mendakwa armada kapal itu akan memburu lebih 1,000 ikan paus termasuk 50 ikan paus kelasa dan 50 lagi ikan paus sirip yang merupakan spesies terancam.

Jurucakap Jabatan Negara, Sean McCormack berkata, AS tahu tentang hak Jepun di bawah Konvensyen Pemburuan Paus tetapi negara matahari terbit itu diminta tidak menjalankan pemburuan itu terutamanya melibatkan ikan paus kelasa dan ikan paus sirip.

Jelasnya, AS juga menyeru semua mereka yang merancang untuk menjalankan bantahan terhadap kumpulan kapal pemburu Jepun supaya mengawal diri mereka.

Jepun telah menghentikan pemburuan ikan paus secara komersial dalam satu moratorium antarabangsa pada 1986 tetapi memulakan pemburuan ikan paus pada tahun berikutnya.

– Reuters

0 Komentar untuk "AS desak Jepun tidak memburu ikan paus"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI