Doktor rawat Diana bazir masa - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Doktor rawat Diana bazir masa

LONDON: Puteri Diana mungkin terselamat dalam kemalangan kereta di Paris 10 tahun lalu jika pasukan perubatan Perancis tidak membazirkan minit-minit penting merawatnya di tempat kejadian, kata pakar pembedahan terkemuka Britain kepada inkues.

Profesor Thomas Treasure berkata, ada peluang untuk mengejarkan puteri itu ke hospital untuk menjalani pembedahan yang dapat menyelamatkan nyawanya apabila beliau dimasukkan ke dalam ambulans 35 minit selepas kemalangan berlaku.

Bagaimanapun, saat penting itu dibiarkan begitu saja kerana pasukan perubatan memilih merawatnya dalam kenderaan selama 40 minit sebelum memutuskan Diana sudah cukup stabil untuk dibawa ke hospital.


Doktor Perancis berkata, tanpa tindakan mereka, Diana mungkin meninggal dunia dalam perjalanan kerana keadaan yang terlalu parah.

Bagaimanapun, Prof Treasure berkata, puteri itu stabil sebaik dimasukkan ke dalam ambulans dan segera dibawa ke hospital.

Ditanya sama ada dia berasa pasukan perubatan Perancis membuang masa, beliau berkata: “Ia kenyataan tegas tetapi saya rasa peluang sudah hilang. Mereka melakukan kerja yang baik pada setengah jam pertama tetapi tindakan selanjutnya perlu dilakukan pakar bedah.” - Agensi

0 Komentar untuk "Doktor rawat Diana bazir masa"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI