Oleh Dr Mohd Sani Badron
REVOLUSI digital sejagat melambakkan pilihan berlimpah-ruah menerusi pelbagai media baru dan lama, daripada televisyen bumi dan televisyen satelit serta internet, membawa kepada media iPod, wayang gambar, telefon mudah-alih dan permainan video serta banyak lagi.
Hakikatnya, pendidikan adalah antara faktor yang memupuk kita supaya bersikap bijaksana dan supaya kita penuh dengan budi bicara dalam memilih karya, rancangan dan program media yang baik lagi menyihatkan akal budi.
Dalam ruang lingkup ini, karya dan rancangan media diibaratkan sebagai ‘hidangan’ yang dipersembahkan untuk santapan pembaca atau penonton. Kalaulah perut kita sudah sedia sakit, tidak ada bezanya sama ada hidangan yang dipersembahkan itu makanan yang menyihatkan ataupun tidak.
Begitulah juga, bagi mereka yang sudah sedia berfikiran jahat, karya atau rancangan yang baik pun akan diguna pakai sebagai kesempatan untuk mempelajari perkara yang buruk.
Sebaliknya, pembaca atau penonton yang bijaksana dan berhati-hati mampu memanfaatkan karya atau rancangan yang mempunyai unsur yang asalnya tidak baik, pertamanya sebagai sumber bukti yang boleh digunakan untuk menyangkal perkara yang salah dan menjelaskan apa yang benar.
Mereka yang bijaksana juga boleh menjadikan isi karya atau rancangan itu sebagai sumber pengetahuan yang boleh digunakan untuk menasihati masyarakat sebelum bencana sosial terjadi, untuk memberikan amaran awal kepada anggota masyarakat supaya terlebih dulu beringat, supaya jangan sampai ‘sudah terhantuk baru terngadah’.
Ibarat perlunya kita bersederhana dalam makan dan minum, seperti itulah setiap pembaca atau penonton yang matang dan masak akal fikirannya harus berupaya untuk mengawal, mengekang dan memimpin maruah dirinya sendiri dalam membaca karya atau menonton rancangan yang disalurkan melalui pelbagai media.
Pendekatan censorship yang bersifat memaksa semata-mata tidak akan mendatangkan sebarang makna. Pendekatan yang bersifat mengawal secara paksa semata-mata adalah pendekatan dangkal yang akan menimbulkan silap-faham, tindakan kerajaan melalui agensi lembaga penapisan akan dianggap kejam dan keras.
Ia boleh menimbulkan tindak balas muak dan jelak dari kalangan rakyat amnya dan karyawan terbabit khasnya. Tidak ada manusia yang suka dipaksa, yang suka diasak atau disumbatkan saja tekaknya untuk percaya bulat-bulat.
Umum, manusia sukar untuk percaya tanpa sebarang kefahaman mengenai sesuatu perkara yang berlainan daripada apa yang mereka sedia percaya.
Lazimnya manusia lebih suka jika mereka diizinkan dan diberi masa untuk memeriksa kebenaran dan kepalsuan atau kelebihan dan kekurangan sesuatu pandangan tanpa sebarang tipu daya daripada mana-mana pihak.
Manusia suka bebas untuk belajar mencari kebenaran. Justeru, memberi galakan pendidikan kepada warga Malaysia untuk belajar mengenai kebenaran, akhlak (yang merangkumi kedua-dua istilah bahasa moden integriti moral dan etika) dan agama adalah penting demi kemajuan negara.
Apabila kita memiliki rakyat yang tajam pemikirannya, maka mereka tidak akan mudah diperdaya oleh sesiapa saja.
Apabila kita memiliki rakyat yang bijaksana dalam menapis sendiri keburukan dan menolak anasir yang mempunyai kepentingan diri daripada mempengaruhi mereka menerusi apa saja saluran media.
Dalam rangka itu nanti, rakyat yang bijaksana sememangnya berhak untuk mendapat maklumat yang penuh lagi saksama menerusi media.
Saya percaya kerajaan akan sentiasa ingat bahawa asas kerajaan kita adalah undi yang berdasarkan pendapat rakyat, begitulah juga kita perlu memelihara hak rakyat untuk berpendapat dan berkarya secara sihat.
Oleh Dr Mohd Sani Badron, Fellow Kanan/Pengarah Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
KUALA LUMPUR: Festival fans can finally breathe easy as Livescape Asia today announced the full line-up of acts wired to take ove...
-
Zarina sudah berpunya Ketika mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Selasa lalu,Zarina, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
-
Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa KUALALUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puasha...
-
SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di...
-
SUBANG JAYA: Walaupun PAS memutuskan untuk tidak menyertai sidang meja bulat bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen P...
-
Oleh Rosli Safar (Yang mengikuti lawatan ke Tokyo Motor Show 2007, di Tokyo baru-baru ini) KOMITMEN kebanyakan syarikat pengeluar kereta unt...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Bijak menilai elak pengaruh negatif karya, program media"