Mogok Perancis terus gawat - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Mogok Perancis terus gawat

PARIS 20 Nov. – Tindakan mogok oleh para pekerja pengangkutan Perancis yang menyusahkan orang ramai, telah dilanjutkan memasuki hari ke tujuh dengan kakitangan awam bertindak mengantung kerja, sekali gus meningkatkan tekanan kepada Presiden Nicolas Sarkozy supaya menarik balik cadangan pembaharuan terhadap negara itu.

Bagaimanapun, Perdana Menterinya, Francois Fillon berkata, kerajaan tetap dengan pendiriannya dan pembaharuan itu perlu dilaksanakan walaupun mogok itu menyebabkan kerajaan mengalami kerugian kira-kira $439.6 juta (RM1,480.43 juta) sehari.

Mogok para pemandu kereta api itu tercetus apabila Sarkozy merancang melanjutkan umur persaraan sehingga melumpuhkan sistem pengangkutan negara ini hampir seminggu.

Pada masa yang sama, sekolah, perkhidmatan pos dan percukaian juga menjadi mangsa mogok kakitangan kerajaan yang turut memohon gaji lebih tinggi dan kerja lebih terjamin selain menjejaskan pengangkutan udara.

– AP

0 Komentar untuk "Mogok Perancis terus gawat"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI