Pengunjung ke Jepun mulai diambil cap jari, gambar - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pengunjung ke Jepun mulai diambil cap jari, gambar


Seorang pelancong asing meletakkan jarinya pada alat pengimbas digital di pusat imigresen di Lapangan Terbang Narita, Chiba semalam. – AFP.

JEPUN 20 Nov. – Jepun hari ini memulakan pengambilan cap jari dan gambar warga asing yang tiba ke negara ini dalam usahanya memerangi keganasan di sebalik terdapat bantahan dan kecaman yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak adil.

Semua warga asing berusia 16 tahun ke atas termasuk penduduk lama perlu berbuat demikian. Pengecualian hanya diberikan kepada diplomat, tetamu kerajaan dan penduduk tetap seperti warga Korea yang tinggal di Jepun sejak bertahun-tahun lagi.

Seorang pegawai berkata, langkah-langkah keselamatan baru perlu dilaksanakan walaupun ia menyebabkan ketidakselesaan kepada pengunjung.

Cap jari dan gambar yang diambil akan diperiksa untuk membuat perbandingan dengan senarai pengganas warga asing yang tinggal di Jepun.

Jepun merupakan negara kedua yang melaksanakan sistem tersebut selepas Amerika Syarikat, kata Pegawai Biro Imigresen, Takumi Sato.

Dia berkata, tiada masalah yang dihadapi selepas sistem itu diperkenalkan hari ini meskipun terdapat kritikan bahawa langkah itu menganggu hak peribadi warga asing.

Seramai 27 warga asing berkumpul di hadapan Kementerian Keadilan hari ini untuk membantah sistem yang baru diperkenalkan itu.

“Saya tak suka kerajaan mempunyai maklumat mengenai diri saya dan mereka tidak ada sebarang hak untuk mengetahui maklumat diri saya,’’ kata Rebecca Miller dari Australia yang belajar di Jepun.

Semalam, seramai 70 masyarakat sivik dari seluruh dunia menghantar surat kepada Menteri Keadilan, Kunio Hatoyama bagi membantah sistem tersebut.

Pegawai Imigresen berkata, biro tersebut akan menyimpan maklumat yang diambil buat sementara waktu tanpa menyata sebarang tempoh masa yang tepat.

Pada tahun 2006, seramai 8.11 juta pelancong datang ke Jepun.

– AP

0 Komentar untuk "Pengunjung ke Jepun mulai diambil cap jari, gambar"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI