Bersama M Thillinadan
thilly@bharian.com.my
SIASATAN kes klip video membabitkan peguam Datuk V K Lingam atau nama sebenarnya Kanalingam Kandar Veluppillai, semakin meruncing apabila maklumat baru timbul berikutan pendedahan laporan polis dibuat adiknya, Thirunama Karasu Kandar Veluppillai, Mac lalu.
Dalam laporan polisnya, Thirunama Karasu membuat pelbagai dakwaan rasuah membabitkan bekas Ketua Hakim Negara, bekas Presiden Mahkamah Rayuan, bekas Peguam Negara, bekas Ketua Polis Negara, dua hakim Mahkamah Rayuan yang masih berkhidmat, seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi dan bekas Pengerusi Mahkamah Perusahaan.
Dalam laporan itu, Thirunama Karasu yang turut mengaku terbabit dalam sebahagian transaksi rasuah berkenaan juga menyenaraikan 'kesalahan rasuah' yang didakwa dilakukan abangnya dengan butiran lengkap termasuk tahun ia dikatakan berlaku, tempat ia dikatakan berlaku, saksi yang berada di tempat kejadian itu, senarai barang dan jumlah wang terbabit, kereta berserta nombor plat digunakan untuk pergerakan mereka.
Kesimpulan yang boleh dibuat selepas membaca laporannya ialah sebahagian pegawai badan kehakiman negara dari paling atas hingga ke bawah pada 1990-an, terbabit dengan rasuah. Jika benar dakwaannya, ia adalah tragedi terbesar kepada sistem kehakiman negara. Kita harap ia tidak benar.
Thirunama Karasu juga mendakwa selepas Badan Pencegah Rasuah (BPR) mula menyiasat Lingam, abangnya dan beberapa ahli keluarga lain, selain sekumpulan peguam memaksanya menandatangani akuan berkanun kenyataan palsu. Dakwanya, mereka juga memintanya masuk Hospital Bahagia selama dua tahun. Apabila enggan, mereka memintanya berlakon mengalami kemurungan dan tekanan jiwa serta masuk Hospital Universiti.
Semua itu adalah kandungan laporan Thirunama Karasu kepada polis. Sama ada ia benar atau tidak belum dapat dipastikan kerana selepas lapan bulan laporan dibuat, difahamkan polis tidak menjalankan sebarang siasatan. Malah, Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, sendiri mengaku beliau tidak tahu mengenai laporan Thirunama Karasu. Beliau difahamkan polis baru dalam proses untuk menghantar laporan itu kepada mereka, itupun selepas disiarkan media.
Anehnya, selepas arahan dikeluarkan Ketua Polis Negara setiap aduan perlu disiasat dan pengadu perlu dimaklumkan perkembangan siasatan aduannya oleh pegawai penyiasat sekurang-kurang 14 hari selepas aduan dibuat, dalam kes ini selepas lapan bulan tiada tindakan diambil.
Jika polis tidak dapat menyiasat kerana membabitkan tuduhan rasuah, laporan itu sepatutnya diserahkan kepada BPR, tetapi tidak juga.
Ini yang menyebabkan orang ramai hilang keyakinan terhadap polis seperti berlaku beberapa tahun lalu sehingga sebuah suruhanjaya penambahbaikan terpaksa ditubuhkan kerajaan.
Selepas aduan polis itu disiarkan media, Lingam membuat kenyataan rasmi pertama sejak isu klip video timbul pertengahan tahun ini. Ia bagi menjawab semua tuduhan dibuat Thirunama Karasu terhadapnya, selain untuk membersihkan namanya.
Lingam mendakwa adiknya sememangnya menghadapi sakit mental dan itu antara alasan BPR yang menyiasatnya pada 1998 tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya. Malah, beliau berkata, adiknya juga pernah membuat dakwaan sama terhadap beberapa individu terkemuka, tetapi mereka tidak mengendahkannya kerana tahu masalah kesihatannya. Selain itu, Lingam mendakwa adiknya diperalatkan pihak tertentu untuk agenda tersendiri khususnya mengaitkannya dengan isu klip video.
Walau apapun, kini terpulang kepada Suruhanjaya Diraja yang akan ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat isu klip video, untuk memanjangkan siasatan mereka terhadap perkembangan terbaru itu kerana ia juga berkaitan dakwaan rasuah membabitkan hakim, polis dan peguam. Kedua-dua isu itu juga membabitkan peguam sama iaitu Lingam.
Kita berharap siasatan suruhanjaya itu nanti akan mendedahkan kebenaran supaya imej dan maruah badan kehakiman kembali pulih. Mungkin hasilnya nanti akan digunakan untuk merombak keseluruhan badan itu termasuk pemilihan hakim yang banyak menimbulkan kontroversi berikutan dakwaan pilih kasih dan tanpa merit.
Penulis ialah Pengarang Berita, Berita Harian
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
Tular sebuah video seorang penceramah yang dikenali dengan nama Ustaz Wadi Annuar mengenai kisah menara yang dibina setinggi 15 kilometer (k...
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN) KONFLIK di Darfur, perang di Iraq, pertikaian di Kashmir, kemelut di Afghanistan dan krisis susu...
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/memey-norman-doakan-abby-farhan-1.185038 " SAYA gembira dan sentiasa doakan yang terba...
-
Penganalisis politik mendapati Parti Sosialis Malaysia mampu memberi sumbangan kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. – Gambar fa...
-
SHAH ALAM - Kerajaan memang menyedari bahawa peningkatan jenayah kejam pada masa ini ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO)....
-
PETALING JAYA: Pelakon Zizan Razak berasa tertekan apabila timbul kontroversi terbaharu iaitu disaman lebih setengah juta ringgit oleh ...
-
Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengarahkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) menerangkan kenapa beliau gagal menj...
-
" Tindakan PAS menhantar 3 nama , 2 dari PKR dan seorang dari PAS amat menepati dengan kehendak 2 pihak yang perlu dihormati, iaitu I...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin

0 Komentar untuk "Interaksi: Siasatan isu klip video, dakwaan rasuah biar telus"