Raja Sepanyol perlu minta maaf – Chavez -- Venezeula sedia tarik balik projek pelabur Sepanyol - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Raja Sepanyol perlu minta maaf – Chavez -- Venezeula sedia tarik balik projek pelabur Sepanyol

CARACAS 14 Nov. – Presiden Venezuela, Hugo Chavez menggesa Raja Sepanyol, Raja Juan Carlos meminta maaf kerana mengarahkan beliau supaya diam ketika menghadiri sidang kemuncak Ibero-Amerika di Peru, Ahad lalu.

Beliau turut memberi amaran pelaburan Sepanyol di negara tersebut mungkin akan terjejas berikutan pertelingkahan ini.

Chavez yang terkenal kerana penentangan terhadap imperialisme dan kapitalisme menamakan Bank Santander dan BBVA sebagai sasaran utama sambil menambah negara-negara pengeksport minyak (OPEC) tidak memerlukan Sepanyol dalam menjalankan urusan perniagaan.

“Raja Sepanyol kalah dan beliau sepatutnya berkata, saya sebagai seorang raja mengaku saya membuat kesilapan,” kata Chavez, dalam satu perhimpunan politik yang diadakan pada lewat malam semalam.

“Adalah tidak mustahil sebarang projek yang telah diswastakan akan ditarik balik.

“Jika kerajaan Sepanyol atau negara Sepanyol sendiri bertindak memulakan konflik kemungkinan akan berlaku perkara yang tidak diingini,” kata Chavez lagi.

Ketika berucap dalam sidang kemuncak berkenaan, Chavez telah menyelar bekas Perdana Menteri Sepanyol, Jose Maria Aznar sebagai fasis dan cuba mencelah ketika Perdana Menteri Sepanyol sekarang, Jose Luis Rodriguez Zapatero sedang berucap yang mengakibatkan Raja Sepanyol marah dan mengarahkan Chavez supaya diam.

Kontroversi ini telah mengakibatkan hubungan kedua-dua negara tersebut terjejas serta menjadi tajuk utama berita di seluruh dunia.

Bagaimanapun Sepanyol yang juga antara pelabur utama di Venezuela dan negara latin lain akan cuba menyelesaikan masalah ini secara diplomatik.

“Kami yakin melalui tindakan yang diambil, hubungan antara kedua negara ini akan kembali seperti biasa dalam masa terdekat,” kata Menteri Luar Sepanyol, Angel Moratinos.

Sehingga kini ahli perniagaan Sepanyol telah melabur sebanyak AS$2.4 bilion (RM8.2 bilion) semenjak Chavez mengambil alih pemerintahan pada 1999.

– Reuters

0 Komentar untuk "Raja Sepanyol perlu minta maaf – Chavez -- Venezeula sedia tarik balik projek pelabur Sepanyol"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI