Oleh Zainuddin Ayip
Pemangku Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tatang B Razak: Media dua negara perlu siar laporan seimbang elak salah faham, rasa tak puas hati
HUBUNGAN Malaysia dan Indonesia sentiasa rapat, bak kata pepatah 'dekat di mata, dekat di hati'. Kedua-dua negara saling memerlukan apa lagi sudah diuar-uarkan sejak dulu sebagai negara berjiran dalam satu rumpun bangsa yang sama budaya dan adat resamnya.
Namun, ada ketikanya hubungan itu dikeruhkan dengan pelbagai kejadian baik di Kuala Lumpur mahupun Jakarta hingga rakyat kedua-dua negara terguris dan tidak senang hati. Ada juga kejadian itu sengaja diperbesarkan pihak media hingga rakyat mudah terpengaruh.
"Apa pun kita perlu menjalin hubungan lebih erat, terus menjaga keharmonian dan segera menjernihkan kekeruhan yang ada," kata Pemangku Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tatang B Razak pada majlis dialog Dari Hati Ke Hati dengan 30 pegawai kanan media Malaysia di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Beliau yang pernah berkhidmat di Amerika Syarikat, baru tiga minggu berada di Kuala Lumpur untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemangku berikutan kerusi Duta Besar belum diisi sejak awal tahun ini.
Tatang mengakui ramai warga Indonesia bekerja di Malaysia sama ada di sektor perladangan, perkilangan, pertanian, pembinaan dan suri rumah. Malah beliau mengakui daripada lebih sejuta pekerja Indonesia di negara ini, sebahagiannya masuk tanpa dokumen sah.
"Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan dan mencari pekerjaan halal untuk membaiki taraf ekonomi mereka di kampung. Mereka turut membawa pulang wang Malaysia ke Indonesia untuk membeli tanah dan membesarkan rumah.
"Tetapi harus diingat, Malaysia masih memerlukan tenaga kerja asing untuk membangunkan negara. Mereka juga membantu membangunkan ekonomi Malaysia yang ternyata kekurangan tenaga pekerja khususnya di sektor perladangan, perkilangan dan pembinaan.
"Jadi kata saling memerlukan dan layanlah mereka dengan baik. Kami bukan meminta layanan istimewa tetapi layanan itu biarlah adil, sama seperti pekerja lain. Elakkan daripada dibayar gaji terlalu rendah, dieksploitasi, ditipu, dianiaya, didera dan sebagainya. Saya dapat tahu ada pekerja Indonesia cuma dibayar gaji RM150 sebulan untuk bekerja di ladang selama 16 jam sehari. Ini keterlaluan," katanya.
Katanya, pekerja Indonesia banyak berkorban harta, tenaga dan nyawa. Buktinya, purata lima hingga enam warga republik itu meninggal dunia di negara ini setiap hari sama ada ketika bekerja, sakit, nahas jalan raya mahupun terbabit dalam pergaduhan.
Beliau berkata, jumlah penduduk Indonesia kini mencecah 250 juta orang, tapi peluang pekerjaan terlalu kurang. Justeru, sesetengahnya bertekad untuk merantau dan mencari rezeki di luar negara termasuk di Asia Barat dan di kalangan negara Asean. Nampaknya, Malaysia menjadi tumpuan kerana jaraknya dekat dan masalah bahasa, budaya dan makanan tidak timbul.
Jelas, hubungan rakyat kedua-dua negara perlu dipereratkan. Bukan saja di kalangan sesama rakyat, ikatan hubungan baik Malaysia - Indonesia turut diterajui dan disimpul kemas pada peringkat atasan. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, katanya sudah tujuh kali melawat Indonesia, manakala Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pula empat kali mengunjungi Malaysia dan Timbalan Presiden, Jusuf Kalla sudah tujuh kali melawat negara ini.
Pada peringkat rakyat biasa, hubungan lebih erat dapat dibuktikan apabila mereka saling meminati dalam dunia hiburan dan kesenian. Orang Malaysia juga meminta lagu dendangan penyanyi Indonesia, malah filem dan drama televisyen republik itu juga ditayangkan di negara ini. Rakyat Indonesia turut meminati beberapa penyanyi Malaysia, khususnya Datuk Seri Siti Nurhaliza yang namanya cukup terkenal di republik itu.
Tatang mengakui citra masyarakat Malaysia terhadap Indonesia cukup baik sejak 1960-an lagi apabila kerajaan menempatkan ramai guru dan ustaz dari Indonesia berkhidmat di Malaysia. Sekarang, lain pula disebabkan terlalu ramai pekerja Indonesia, sesetengah rakyat negara ini membuat anggapan kurang baik terhadap warga Indonesia.
"Persepsi ini perlu diperbetulkan kerana kita negara berjiran yang mengamalkan bahasa, budaya dan agama yang sama," katanya.
Mengenai kejadian jenayah membabitkan rakyat Indonesia di negara ini, beliau berkata, perkara itu memang berlaku, tetapi jumlahnya kecil. Jadi, rakyat Malaysia tidak harus memandang serong rakyat Indonesia yang bekerja dan belajar di Malaysia," katanya.
Ramai pekerja Indonesia berdedikasi dan bersungguh-sungguh mencari rezeki, malah ada kira-kira 5,000 tenaga profesional Indonesia bekerja di pelbagai sektor termasuk institusi pengajian tinggi, bidang teknologi maklumat dan petroleum.
Dalam hal ini, media di Malaysia dan Indonesia yang begitu besar pengaruhnya perlu memainkan peranan penting dalam memperbetulkan persepsi masyarakat masing-masing bagi memulihkan kembali hubungan serumpun yang sedikit terganggu kebelakangan ini.
Biarpun beberapa kes yang dilaporkan membabitkan warga Indonesia di media Malaysia hanya kes kecil dan terpencil, kesannya cukup besar dan mempengaruhi persepsi rakyat negaranya. Sentimen anti rakyat Malaysia di Indonesia begitu ketara kebelakangan ini dan perlu segera dibendung. Jika dibiarkan berterusan, ia boleh menimbulkan sikap permusuhan hingga hilang semangat setia kawan yang terjalin sejak dulu.
"Tanggapan rakyat Indonesia sebagai punca jenayah di Malaysia dan orang Malaysia dilabel sombong dan angkuh di Indonesia perlu dihapuskan kerana ia merugikan kedua-dua pihak," katanya.
Tatang berkata, dialog yang sama akan diadakan bersama media Indonesia bagi mencari jalan penyelesaian terbaik serta memikirkan hubungan yang lebih jauh, menguntungkan dan saling menghormati antara dua negara berjiran.
"Saya juga sudah bertemu dengan banyak pihak di Malaysia, termasuk menteri bagi menyuarakan kebimbangan yang sama. Saya juga akan menemui pihak berkuasa seperti polis dan imigresen untuk menerangkan keadaan sebenar terutama membabitkan pekerja Indonesia di negara ini," katanya.
Tatang tidak menafikan wujud sentimen anti-Malaysia di Indonesia oleh sekumpulan kecil rakyat yang tidak berpuas hati dengan laporan yang ditulis media negaranya.
"Memang wujud reaksi di Indonesia sejak Mei lalu tapi membabitkan kumpulan kecil, namun kami tidak mahu ia berlarutan sebaliknya mencari jalan mengelakkannya terus merebak. Justeru, perlu laporan pemberitaan lebih seimbang bukan saja media di sini malah juga di Indonesia bagi memperbetulkan persepsi rakyat masing-masing," katanya.
Beliau berkata, dialog kali pertama diadakan Jumaat lalu adalah langkah tepat untuk merapatkan kembali hubungan dan akan diteruskan dalam masa terdekat termasuk menjemput ketua pengarang media kedua-dua negara untuk berbincang demi kebaikan bersama.
Untuk menjalin hubungan lebih erat, Tatang mencadangkan agar program Titian Muhibah antara televisyen terkemuka kedua-dua negara dihidupkan kembali supaya rakyat kedua-dua negara memahami budi, budaya dan adat resam masing-masing.
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
KUALA LUMPUR: Festival fans can finally breathe easy as Livescape Asia today announced the full line-up of acts wired to take ove...
-
Zarina sudah berpunya Ketika mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Selasa lalu,Zarina, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di...
-
Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa KUALALUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puasha...
-
15 OKT — Nampaknya perempuan yang tidak memakai tudung di Malaysia sudah menjadi spesies yang terancam. Soalnya diancam oleh apa dan siap...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
-
SUBANG JAYA: Walaupun PAS memutuskan untuk tidak menyertai sidang meja bulat bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen P...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Bersama Diplomat: Indonesia mahu perbetul tanggapan"