YANGON 14 Nov. – Junta tentera Myanmar hari ini menangkap tiga orang lagi aktivis antikerajaan tanpa mempedulikan desakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya dihentikan tindakan itu.
Saksi-saksi berkata, tangkapan terbaru itu melibatkan tiga orang aktivis yang ditahan sewaktu mereka sedang mengedarkan risalah anti-kerajaan di pasar Thiri Mingalar yang sibuk di Yangon.
Tangkapan itu dibuat selepas dua orang aktivis terkemuka antikerajaan ditahan semalam ketika wakil hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Paulo Sergio Pinheiro sedang mengadakan pertemuannya dengan menteri-menteri Kabinet di Naypyidaw, ibu negara baru Myanmar yang terletak di tengah-tengah hutan.
– AP
0 Komentar untuk "Junta tentera tangkap tiga aktivis"