Ramai anak panjang umur - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ramai anak panjang umur

LONDON: Rahsia untuk hidup sehingga 100 tahun sebenarnya tidak sukar sebaliknya cuma melakukan kerja ladang, memiliki ramai anak dan kekal langsing tetapi bukan kurus, kata saintis.

Laporan The Telegraph menyebut, penyelidik mengkaji rekod kesihatan berpuluh-puluh orang yang hidup melebihi satu abad mencari punca mereka berumur panjang.

Mereka mendapati, memakan tidak terlalu banyak tetapi juga tidak terlalu sedikit, adalah kunci hidup lama selain memiliki lebih empat anak menjelang usia 30 tahun dan bekerja di ladang.


"Kajian memberikan anggaran pertama ketinggian, binaan tubuh dan perwatakan penting lain bagi golongan yang bakal hidup sehingga 100 tahun akan datang," kata pasangan suami isteri, Leonid dan Natalia Gavrilov, dari Pusat Usia di Universiti Chicago.

Pasangan itu akan mendedahkan hasil kajian mereka kepada mesyuarat Persatuan Kaji Usia Amerika di San Francisco minggu depan. � Agensi

0 Komentar untuk "Ramai anak panjang umur"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI