Myanmar tahan sami ketuai bantahan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Myanmar tahan sami ketuai bantahan

BANGKOK: Pihak berkuasa Myanmar menahan seorang sami Buddha yang menjadi pemimpin utama bantahan antijunta September lalu, kata kumpulan media dalam buangan dan aktivis semalam.

"U Gambira ditahan pada 4 November, kata keluarganya. Beliau adalah ketua sami. Kami tidak tahu di mana Gambira sekarang, tetapi saya rasa beliau berada di pusat soal siasat," kata Aung Kyaw Oo, yang bekerja untuk kumpulan pemerhati Persatuan Bantuan bagi Tahanan Politik (AAPP) beribu pejabat di Thailand.

Majalah Irrawaddy beribu pejabat di Thailand, diuruskan rakyat Myanmar dalam buangan dalam laman webnya berkata, Gambira adalah pemimpin Persekutuan Sami Buddha Seluruh Burma dan ditangkap selepas kira-kira sebulan bersembunyi.


Sami Myanmar yang memang dimuliakan mengetuai sehingga 100,000 orang membuat tunjuk perasaan di jalan raya di Yangon September lalu dalam bantahan antijunta terbesar dalam masa hampir dua dekad dan dihentikan secara kekerasan oleh kerajaan.

Jeneral berkata, 10 terbunuh dalam kejadian itu tetapi diplomat meletakkan angka kematian lebih tinggi. Laporan Irrawaddy menyebut, anggota keluarga Gambira juga ditahan kerana berhubungan dengan sami yang melarikan diri itu.

Memetik anggota kumpulan aktivis prodemokrasi, 88 Generation Students, ia berkata seorang sami lain turut ditahan dengan Gambira walaupun AAPP tidak dapat mengesahkan laporan itu.



Pertubuhan Suara Demokratik Burma beribu pejabat di Norway dan Mizzima News beribu pejabat di New Delhi juga melaporkan penangkapan itu walaupun tidak jelas di mana sami berkenaan ditahan.

Tiada sumber rasmi di Myanmar dapat mengesahkan laporan penangkapan itu.

Walaupun bersembunyi, Gambira, memberitahu kepada akhbar Washington Post pada 4 November lalu bahawa sami lain sudah berikrar meneruskan bantahan secara aman. � AFP

0 Komentar untuk "Myanmar tahan sami ketuai bantahan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI