Krisis lumpuhkan Perancis - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Krisis lumpuhkan Perancis

PARIS 14 Nov. – Perancis sekali lagi berdepan dengan krisis pengangkutan apabila kesatuan sekerja pengangkutan meluaskan mogoknya ke seluruh negara hari ini sebagai membantah pembaharuan skim pencen yang diperkenalkan oleh Presiden Nicolas Sarkozy.

Sarkozy sebelum ini menyatakan pembaharuan ini penting bagi menambah tabungan negara.

Pekerja yang mengendalikan landasan SNCF telah melancarkan mogok sejak semalam, dan hari ini pekerja pengangkutan di Paris dan pekerja di syarikat utiliti gas dan tenaga EdF dan Gdf turut menyertai mereka buat kali kedua dalam masa sebulan.

Hanya sebilangan kereta api yang dijadualkan bergerak hari ini manakala perkhidmatan bas dan metro Paris bergerak lancar dan tidak terjejas teruk seperti yang diramalkan sebelum ini.

Kerajaan cuba menamatkan keistimewaan pekerja kerajaan yang berjumlah 500,000 yang dibenarkan bersara setelah membuat sumbangan pencen dua setengah tahun lebih pendek berbanding pekerja lain.

Sebelum ini sebarang percubaan bagi mengubah keistimewaan ini gagal setelah berlaku protes besar-besaran di jalanan tetapi Sarkozy percaya beliau akan berjaya dalam percubaan kali ini yang mendapat sokongan orang ramai yang menentang tindakan mogok ini.

– Reuters

0 Komentar untuk "Krisis lumpuhkan Perancis"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI